TERKINI: Chelsea Bakal Disingkirkan Dari EPL Jika Tidak Ada Pemilik Baharu Pada 8 Jun

Chelsea masih belum mendapat pemilik baharu sejak kelab itu dielong oleh pengurusan tertinggi sementara pasukan The Blues.

Sebelum ini kerajaan UK memberikan tempoh sehingga 31 Mei ini sebagai tarikh akhir untuk Chelsea mendapat pemilik baharu.

Namun situasi semasa di Chelsea terus rumit.

Chelsea sebelum ini diumumkan untuk dijual oleh Roman Abramovich. Sehari sebelum dia disekat kerajaan UK. Chelsea antara aset Abramovich di UK yang turut dikenakan perintah sekatan.

Oleh kerana kelab bola sepak tersebut sudah bertapak lama di London, maka kerajaan tidak terus menyitanya sebagaimana aset beliau yang lain termasuk rumah.

Kerajaan membenarkan Chelsea terus beroperasi sebagai kelab bola sepak. Premier League kemudian memberikan lesen operasi sementara buat Chelsea sehingga kelab itu benar benar menemui pembeli baharu.

Chelsea dilarang menjual beli pemain. Dilarang melanjutkan kontrak pemain. Dilarang untuk membayar gaji staf dan pemain buat sementara waktu. Dan kemudian dilarang menjual tiket atau barangan rasmi kelab selepas tarikh kelab itu dikenakan sekatan.

Chelsea kini tidak dibenarkan untuk melanjutkan kontrak para pemainnya. Membuatkan beberapa pemain mereka yang menunju ke bulan terakhir kontrak, berpotensi besar untuk pergi ke kelab lain secara pecuma.

Chelsea dilarang sama sekali menggunakan wang dari akaun mereka. Dan bagi kos operasi pada hari perlawanan, kerajaan sendiri mengawal selia perbelanjaan kelab terutama sekali ketika Chelsea bermain di luar England.

Tidak lama selepas itu kerajaan memberikan kelonggaran untuk Chelsea mengeluarkan wang dari akaun mereka yang disekat untuk membayar gaji pemain dan staf. Seterusnya menarik larangan menjual tiket kepada peminat.

Penjualan Chelsea terus rumit. Ini selepas Roman Abramovich berkemungkinan akan meminta semula wang yang dia pinjamkan kepada kelab tersebut sebelum ini.

Abramovich dalam kenyataannya beberapa bulan lalu menyatakan bahawa, atas dasar cintanya kepada Chelsea dan peminat Chelsea dia menghapuskan hutang bernilai GBP1.6 juta tersebut.

Tetapi beberapa firma yang membida Chelsea menyatakan bahawa mereka turut diminta agar mengambil kira kemungkinan terpaksa membayar balik wang tersebut kepada Abramovich.

Perkara itu membuatkan penjualan kelab kini menjadi lebih rumit dengan hari semakin suntuk untuk mereka melakukannya.

Masih tidak ada tanda tanda Chelsea berada dalam rundingan yang benar benar positif dalam pemilikan baharu.

Terbaru, Kerajaan UK menyatakan bahawa, Chelsea akan disingkirkan dari Liga Perdana Inggeris jika mereka gagal memeterai perjanjian untuk pindah milik kelab kepada pemilik baharu.

Chelsea diberikan tarikh akhir yang baharu iaitu 8 Jun ini.

Chelsea diminta untuk bertindak lebih cepat dalam usaha mereka mencari pembeli baharu. Ini untuk mengelak kelab mereka bermain di liga kasta bawahan.

Roman Abramovich dilarang untuk mengambil sesen pun hasil penjualan kelab itu. Billionaire kelahiran Rusia itu sudah menyatakan dia mahu kesemua wang hasil penjualan kelab itu disalurkan ke Ukraine untuk membantu mangsa perang dan juga untuk pemulihan negara tersebut pasca perang.

Pada 4 Mei, Bloomberg melaporkan bahawa Chelsea menolak bidaan bernilai £4.25bn daripada orang terkaya di Britain iaitu Jim Ratchliffe.

Buat masa ini Chelsea dikatakan lebih berminat dengan Todd Boehly untuk menjadi pemilik baharu kelab.

Sir Jim Ratcliffe sudah menegaskan bahawa mereka akan kembali dengan bidaan baharu jika Todd Boehly gagal melengkapkan pemilikan Chelsea dalam masa terdekat ini.

Chelsea harus menyegerakan pemilikan baharu di kelab mereka untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Chelsea musim ini masih berusaha untuk memastikan mereka mengesahkan slot ke UCL pada musim hadapan.

Chelsea keciciran mata dalam beberapa perlawanan terakhir mereka membuatkan mereka kini hanya 3 mata di atas Arsenal (tempat keempat) dan 5 mata di atas Spurs (tempat kelima)

Baca yang lain