TERKINI: Chelsea Bincang Masa Depan Lampard Selepas Kalah Di Tangan City

Kekalahan di tangan Manchester City membuatkan masa depan Frank Lampard dibincangkan oleh pengurusan tertinggi.

The Athletic melaporkan ada 3 pertimbangan utama yang membawa kepada perbincangan tersebut.

Pertamanya, pengurusan tertinggi kini menyenaraikan beberapa nama yang berpotensi menggantikan Frank Lampard di Stamford Bridge sebagai pengurus Chelsea.

Keduanya adalah, persoalan tentang prestasi Kai Havertz dan Timo Werner, dua marquee signing yang masih bergelut dengan prestasi di bawah bimbingan Frank Lampard.

Havertz dan Werner menjadi antara pemain yang cemerlang di Eropah dalam beberapa musim sebelum ini ketika di kelab lama mereka.

Havertz merupakan rekod pembelian termahal dalam sejarah Chelsea dengan rekod  £71 juta.

Manakala Timo Werner dibeli dengan nilai sekitar  £41 juta.

Dan ketiga, dikatakan sudah ada pemain yang tidak berpuas hati dengan Lampard. Ini bukan perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini beberapa pengurus Chelsea hilang jawatan kerana tidak harmorni dengan pemain.

Roman Abramovich dikenali dengan polisi yang tidak teragak agak memecat pengurus yang tidak sehaluan dengan pemain.

Frank Lampard sudah membelanjakan lebih £220 juta sejak menjadi pengurus Chelsea. Di sebalik sokongan yang kuat dari segi kewangan, Chelsea masih sukar mendapat rentak di atas padang.

Selepas 17 perlawanan, Chelsea hanya mendapat 26 mata. 3 mata kurang daripada musim lalu untuk jumlah perlawanan yang sama.

Lampard memiliki rekod yang buruk berdepan dengan pasukan kuat seperti Man City. Sudah ada desas desus bahawa Chelsea sedia melantik Thomas Tuchel sebagai pengganti Lampard jika beliau dipecat.

Tuchel pada masa yang sama sudah memberikan isyarat bahawa beliau sedia mengambil alih, dan tidak mahu berehat terlalu lama.