TERKINI: Chelsea Sedia Jual Kante Demi Membeli Nasi Harga £100 Juta

Chelsea sekali lagi menghangatkan persaingan untuk mendapatkan Declan Rice. Sekaligus bakal bersaing dengan kelab seperti Manchester united untuk mendapatkan pemain tersebut.

Dan kelab daripada London itu sudah sedia untuk menjual N’golo Kante pada jendela perpindahan akan datang.

Ianya tindakan dianggap serampang dua mata. Selain daripada mendapatkan dana untuk Rice, mereka juga akan meyakinkan Rice bahawa dia adalah pilihan utama di posisi no.6.

Chelsea dijangka akan membida Declan Rice dengan nilai £100 juta. Rice sebelum ini diletakkan tanda harga £100 juta oleh Moyes. Membuatkan banyak kelab tidak mahu membidanya.

Namun selepas menunjukkan aksi konsisten sekali lagi, maka sudah ada desas desus beberapa kelab sanggup membayar angka tersebut. Ini akan memberikan masalah kepada Man United yang benar benar mahukan Rice.

Pemain berusia 23 tahun itu pernah beraksi dalam akademi Chelsea. Sebelum ini Rice mengenang kembali detik indahnya bermain dalam akademi Chelsea sehingga usianya 14 tahun.

Manchester City juga dikatakan memantau perkembangan Rice, namun tidak ada tanda tanda kelab tersebut melakukan bidaan pada jendela akan datang.

West Ham sangat terdesak mahukan Rice kekal. Jadi, slot UCL musim depan dianggap salah satu cara untuk meyakinkan Rice untuk terus kekal. Selepas mereka hampir melakukannya pada musim lalu.

Beberapa bulan lalu, Moyes menyatakan bahawa harga Rice bukan lagi GBP100 juta. Moyes menganggap kelab yang merasakan angka itu terlalu mahal sebelum ini, sebagai kerugian kerana tidak membeli ketika tawaran tersebut.

Moyes: “Dulu Dah Lelong Nasi £100 Juta, Korang Tak Nak, Sekarang Tiada Lagi Harga Kawan Kawan”

David Moyes mengakui bahawa Declan Rice terus menjadi buruan kelab kelab besar lain. Moyes menyatakan dia tidak hairan atau risau dengan situasi itu. Kerana dia tahu pemain itu pasti akan terus dikehendaki kelab kelab besar lain.

Cuma sekarang Moyes mengingatkan bahawa harga £100 juta yang dianggap harga diskaun, sudah tak ada lagi sekarang. Siapa yang suruh lepaskan peluang untuk membeli Rice ketika diletakkan harga serendah £100 juta sahaja.

Moyes berkata: “Kitorang ramai juga pemain yang bagus bagus dalam kelab ni. Saya berpendapat, ketika kamu membangunkan dan mengembangkan bakat pemain pemain ini, pasti akan ada kelab lain yang datang memantau dan memerhatikan pemain pemain kamu.”

“Itu perkara yang bagus, kerana itu bukti kejurulatihan kamu sedang melakukan tugas di landasan yang betul.”

Ditanya sama ada beliau takut kehilangan pemain pemain penting dalam pasukannya? Moyes berkata:

“Tak, tak, saya tak takut pun, terutama sekali pemain seperti Rice.”

“Sebab kamu dah tahu kan sebelum ni kita bagi harga lelong £100 juta kepada sesiapa yang mahukan Declan Rice.”

“Tapi harga lelong tu dah tak ada dah.”

Mungkin kalau nak murah boleh try bid Topi Nasi. Mana tahu dapat.

Rice terus menjadi tunjang kekuatan West Ham musim ini dan juga untuk pasukan kebangsaan England ataupun Three Lions. Rice antara nama yang sudah berada di pesawat ke Qatar untuk Piala Dunia 2022.

Thomas Tuchel masih lagi menjadi antara dua pengurus yang masih memantau perkembangan Declan Rice.

Rice bermain di posisi no.6. Beliau juga bermain sebagai box to box di atas padang. Rice sangat bagus ketika bertahan dan juga ketika menstabilkan pasukannya di tengah padang.

Beliau semakin meningkat naik dari segi permainannya dari hari ke hari.

Namun adakah anda rasa berbaloi untuk mengorbankan N’golo Kante demi Declan Rice? Nak dengar pandangan korang pulak.