Kisah paling panjang dan memenatkan dalam jendela perpindahan kali ini jatuh ke tangan Frenkie De Jong. Sports Bible menyatakan bahawa hari ini sudah 13 minggu dah berita De Jong dikaitkan dengan Manchester United. Semuanya berlaku sebelum musim lalu berakhir.
Terdapat banyak tarik tali daripada semua pihak dalam rundingan ini. Man United mahukan De Jong, tapi pemain itu tak mahu. Ketika pemain itu mulai cair nak pergi, Laporta pula menghalang.
Kemudian Laporta meminta De Jong menerima tawaran United kerana kelab tak mampu membayar gaji pemain itu kerana dia berkeras tak mahu dipotong gaji. De Jong pula tak nak.
Chelsea nak sailang
Sumber setaraf The Guardian iaitu The Athletic melaporkan bahawa Chelsea kini berada dalam kedudukan untuk membuat tawaran rasmi untuk menandatangani pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong, menurut laporan Sport.
Chelsea sebelum ini sudah terlepas beberapa pemain sasaran mereka kerana disailang Barcelona. Kini sedia menyailang orang pulak.
Pemain antarabangsa Belanda itu banyak dikaitkan dengan perpindahan dari gergasi Sepanyol itu musim panas ini, tetapi dia masih belum memberi lampu hijau untuk perpindahan.
Manchester United baru-baru ini bersetuju dengan perjanjian bernilai £72 juta (€85 juta) untuk perkhidmatannya, tetapi dia tidak mempunyai keinginan untuk menyertai mereka kerana mahu bermain dalam bola sepak Liga Juara-Juara.
Selain itu, De Jong tidak menyukai bandar Manchester berbanding Barcelona. Dia dan isterinya sudah membeli rumah di Barcelona. Pemain tengah itu, bagaimanapun, terbuka untuk berpindah ke London dengan bola sepak Liga Juara-Juara akan direbut dengan Chelsea. Dia lebih sukakan London. Itu diorang kata la. Entah betul entah tidak.
The Blues masih belum membuat tawaran rasmi untuk menandatangani De Jong pada musim panas ini, tetapi Sport mendedahkan bahawa kelab itu kini bersedia untuk membuat tawaran rasmi untuk mendapatkan bintang Belanda itu sebelum jendela perpindahan ditutup.
Barcelona mahu sekurang-kurangnya £67 juta (€80 juta) untuk pemain berusia 25 tahun itu. Mereka bersedia menggunakan dana perpindahan masuk untuk menandatangani pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva.
Barcelona telah memutuskan untuk mengaktifkan tuil ekonomi ketiga hari ini, setelah bersetuju untuk menjual 25 peratus produksi Barca Studios mereka kepada Socios.com dengan harga £83.7 juta.
LaLiga boleh memberi mereka kebenaran untuk mendaftarkan pemain baharu jika mereka benar benar berjaya mengimbangi hutang mereka. Tetapi kelab masih perlu mendapatkan semula dana jika mereka ingin membuat pembelian selanjutnya dalam jendela perpindahan.
Bernardo Silva telah muncul sebagai sasaran utama pasukan gergasi Catalan itu, tetapi mereka perlu membuat penjualan dengan nilai besar. Kerana City tak nak jual murah.
De Jong nampaknya calon yang paling mungkin menuju ke pintu keluar. Man United dilaporkan belum menyerah kalah. Ten Hag mahukan kelab melakukan usaha terakhir membawa pemain itu.
United malah sedia menjadikan De Jong pemain bergaji tertinggi dan membantu menyelesaikan tunggakan gajinya di Barca. Kerana isu tunggakan gaji antara sebab De Jong tak nak keluar.
De Jong tidak bercadang untuk menerima pemotongan gaji yang besar untuk kekal yang merupakan sebab di sebalik pendirian Barcelona terpaksa mendesak pemain itu keluar.
Difahamkan De Jong lebih memilih ke Chelsea berbanding Man United jika dia terpaksa benar benar harus keluar dari Barca. Legenda Man United, Gary Neville turut merasakan buat masa ini Chelsea berkelebihan untuk mendapatkan De Jong. Jika kelab itu benar benar serius mahukan pemain itu.
Chelsea mahukan 4 pemain
Selain De Jong Chelsea kini sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian Cucurella. Chelsea dikatakan telah bersetuju dengan harga £50 juta ditetapkan oleh Brighton. Angka yang membuatkan City menarik diri dan hanya menawarkan £40 juta maksimum.
Selain Cucurella, Chelsea juga sedang berusaha membawa masuk Dumfries dan juga Wesley Fofana.
If De Jong were to be persuaded to leave Barcelona in this window, the impression is that Champions League football makes Chelsea a more desirable destination than United.—Tuchel is a keen admirer & Chelsea are watching the situation. [@TheAthleticUK] #cfc https://t.co/bHMtl31Q8Z
— CFCDaily (@CFCDaily) August 2, 2022
Nampaknya Chelsea benar benar serius mahukan sekurang kurangnya 3 pemain seperti dikatakan Tuchel. Sebelum ini mereka sudah mengesahkan pembelian Raheem Sterling dan Kalidou Koulibaly.