Dalam salah satu kisah perpindahan terbesar setakat ini dalam jendela perpindahan kali ini, Cristiano Ronaldo telah meminta untuk dibenarkan meninggalkan Manchester United sekiranya kelab Liga Perdana Inggeris itu menerima ‘tawaran yang memuaskan’ dalam beberapa minggu akan datang.
Man Utd set for quickfire Cristiano Ronaldo clue after sudden transfer request https://t.co/Kj7K4gjcIb
— Mirror Football (@MirrorFootball) July 2, 2022
Demikian menurut laporan The Times, yang mendakwa keputusan pemenang Ballon d’Or lima kali itu didorong oleh keinginan untuk bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah pada baki kariernya.
Malah, Ronaldo, 37, percaya dia mempunyai ‘tiga atau empat tahun’ lagi untuk bermain di peringkat tertinggi.
Dengan penyerang berpengalaman itu menuju ke tahun terakhir perjanjian semasanya di Manchester United, masa depannya di Old Trafford telah di bawah spekulasi tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Mendes sudah menawarkan Ronaldo ke beberapa kelab
Bulan lalu, ejen penyerang itu dilaporkan mengadakan perbincangan mengenai kemungkinan perpindahan dengan pemilik Chelsea, Todd Boehly. Di mana Mendes cuba menawarkan peluang kepada Chelsea untuk mendapatkan Ronaldo.
Menurut The Athletic, Boehly bertemu Jorge Mendes di Portugal dan idea Ronaldo membuat perpindahan mengejut ke Stamford Bridge pada musim panas ini adalah antara topik perbualan semasa pertemuan itu. Namun idea itu tak disenangi oleh Man United. Dan Ronaldo tidak memberikan sebarang komen tentangnya.
Bayern Munich juga telah dikaitkan dengan perpindahan pemain berusia 37 tahun itu pada musim panas ini. Malah, Ronaldo ditawarkan kepada juara Bundesliga itu oleh ejennya Jorge Mendes. Perkara itu disahkan oleh laman sukan Jerman Sport1, yang mendakwa selepas perbincangan dalaman, Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Oliver Kahn dan pengarah sukan Hasan Salihamidzic’.
Cristiano Ronaldo told Man United he wants to leave this summer as he wants to see more ambition. Man Utd are still hopeful of keeping CR7, but aware of decision. 🚨🇵🇹 #Ronaldo
Cristiano has no agreement with any other club. Mendes explored options for weeks and will continue. pic.twitter.com/VRji13zrz0
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 2, 2022
Namun Bayern terus menarik diri kerana gaji Ronaldo terlalu tinggi. Ditambah pula, Julian Nagelsmann tidak menjadikan pemain seperti Ronaldo sebagai sasarannya.
Dan nampaknya ejen Ronaldo, Mendes telah mencari tempat lain juga. Bulan lalu, outlet Itali La Gazzetta dello Sport melaporkan bahawa Mendes menawarkan Ronaldo kepada pasukan Serie A AS Roma, yang diuruskan oleh bekas bos dia di Real Madrid, Jose Mourinho.
Bruno jangka Ronaldo kekal
Tetapi rakan sepasukan Manchester United, Bruno Fernandes dalam wawancara dengan sebuah stesen radio di Portugal menyatakan dia yakin akan dapat melihat Ronaldo dalam latihan pramusim pada hari Isnin akan datang, walaupun khabar angin perpindahan berterusan mengelilingi masa depannya.
“Saya bercakap dengannya beberapa minggu lalu – kami berdua sedang bercuti, tiada siapa yang mengganggu rakan kamu bercuti,” katanya kepada O Jogo.
“Saya berharap dapat bertemu dengannya pada hari keempat untuk berlatih di sana. Saya tidak mengharapkan lebih daripada itu. Tidak ada yang lebih baik daripada itu, tetapi masing-masing menjaga masa depan mereka.”
“Saya tidak percaya bahawa kelab sanggup kehilangan pemain yang berharga seperti Cristiano.”
Manchester United ‘menjangkakan’ bekas penyerang Real Madrid dan Juventus itu untuk kekal, tetapi laporan terbaru ini mungkin boleh mengubah pendirian kelab.
Erik Ten Hag sebelum ini sudah memberikan jaminan bahawa dia mahukan Ronaldo kekal dan menjadi teras kepada serangannya. Menurut Ten Hag orang seperti Ronaldo tidak perlu dinilai dari segi taktikal kerana mereka adalah penjaring gol yang konsisten. Mereka tahu kerja mereka.
Ornstein sahkan Ronaldo hantar transfer request
Sumber yang setaraf Fabrizio Romano, David Ornstein juga mengesahkan laporan itu. Dia menyatakan bahawa Napoli antara kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmat Ronaldo.
🚨 Cristiano Ronaldo has told Man Utd he wants to leave this summer, as @DuncanCastles reports. 37yo said to love club but wants to play CL + fight for top honours in final stage of career – doesn’t feel likely at #MUFC. Napoli among suitors @TheAthleticUK https://t.co/rFxa8i1pRO
— David Ornstein (@David_Ornstein) July 2, 2022
Namun laporan yang sama menyebut bahawa Manchester United ketika ini kekal dengan pendirian mereka bahawa Cristiano Ronaldo bukan untuk dijual. Di mana United sedia mengekalkan pemain itu sehingga kontraknya tamat.
🚨 View from Manchester United is that Cristiano Ronaldo is not for sale and remains under contract with them for another year @TheAthleticUK #MUFC https://t.co/h22nf0iZqJ
— David Ornstein (@David_Ornstein) July 2, 2022