TERKINI: David Ornstein Sahkan Ozil Dan Arsenal Sepakat Menamatkan Kontrak

Arsenal dan Mesut Ozil telah mencapai kesepakatan secara asas untuk menamatkan kontrakn atas persetujuan bersama, menurut laporan David Ornstein. Jika perkara itu berlaku bermakna Ozil akan menjaadi ejen bebas dengan serta merta.

Pemain berusia 32 tahun itu dijangka akan terbang ke Turki pada hujung minggu ini untuk menyelesaikan perpindahan ke Fenerbahce setelah kesepakatan dipersetujui dengan kelab tersebut.

Ozil dijadualkan memperoleh sekitar £7 juta antara sekarang dan akhir kontraknya pada bulan Jun seperti mana yang diminta Ozil sebelum ini. Kesepakatan telah dicapai secara prinsipa, untuk penamatan awal.

Ozil menegaskan beliau tidak mahu gajinya dipotong untuk musim terakhir kontraknya dengan Arsenal dan meminta bayaran £7 juta untuk separuh musim beliau tidak beraksi bersama Arsenal musim ini.

Dalam temubual dengan The Athletic, pemain tengah itu sebelum ini menyatakan hasratnya untuk kekal sehingga akhir kontraknya. Dia menjelaskan sedemikian kerana dia masih mahu bermain untuk Arsenal dan percaya bahawa beliau masih ada masa depan lagi bersama Arsenal.

Ozil dikeluarkan dari skuad Liga Perdana Inggeris dan Liga Europa untuk separuh pertama musim ini – keputusan yang dikatakannya tidak dimaklumkan kepadanya sehingga jendela perpindahan terakhir ditutup pada 5 Oktober lalu.

Pada ketika itu sangat sukar untuk Ozil keluar mencari kelab lain seperti diarahkan oleh Arsenal. Ozil juga menegaskan bahawa beliau hanya akan berpindah jika ada kelab membayar gajinya sama seperti yang beliau dapat di Arsenal.

Fenerbahce merupakan pasukan yang berada dalam persaingan mendapatkan Ozil. Dan pemain itu sendiri merupakan peminat tegar Fenerbahce.

Dalam sesi soal jawab di Twitter baru baru ini, Ozil turut menyatakan dia peminat tegar Fenerbahce dan mengiktiraf kelab itu sebagai kelab terbesar di Turki.

Ozil berkata: “Saya membesar sebagai peminat Fenerbahce dari kecil di Jerman. Semua kanak kanak Jerman-Turki akan menyokong satu pasukan bola dari Turki, ketika mereka membesar di Jerman. Dan saya sokong Fenerbahce.”

“Fenerbahce sama seperti Real Madrid di Sepanyol, kelab terbesar di negara Turki.”

Presiden Fenerbahce, Ali Koc juga turut mengesahkan bahawa mereka hampir untuk membawa Ozil ke kelab mereka.

“Biar saya beritahu kamu perkembangan terkini Mesut Ozil. Kami boleh katakan ia bakal menjadi perpindahan impian oleh Fenerbahce sekiranya direalisasikan.”

“Apa yang boleh saya katakan, ianya lebih hampir daripada sebelumnya. Mungkin dapat diselesaikan, mungkin tidak. Fenerbahce SK akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa.”

Namun semalam laporan menyebut bahawa Mesut Ozil menolak untuk ke Fenerbahce jika gajinya tidak dikekalkan.

Athletic turut mengesahkan bahawa Fenerbahce telah mencapai kesepakatan secara prinsipal untuk mendapatkan Ozil secara percuma – sebagai ejen bebas.

Ozil menjadi pemain dengan gaji tertinggi dalam sejarah Arsenal ketika menandatangani kontrak tiga setengah tahun baru pada tahun 2018, bernilai kira-kira £350,000 seminggu.

Sejak itu – terutamanya setelah berakhirnya era Arsene Wenger sebagai pengurus – penampilan beliau dalam kesebelasan utama menjadi semakin terhad. Termasuk di bawah Unai Emery dan kemudian Mikel Arteta.

Dia tidak bermain untuk Arsenal sejak 7 Mac 2020. Arteta mengesahkan bahawa Ozil tidak didaftarkan atas kehendaknya dan bukannya tekanan daripada pengurusan tertinggi kelab.

 

Baca yang lain