Bintang Argentina dan juga Barcelona, Sergio Aguero nampaknya mungki terpaksa bersara awal. Ini selepas doktor menyarankan agar pemain itu bersara dek kerana masalah degupan jantung.
Sebelum ini, dunia dikejutkan oleh insiden Aguero terpaksa dikeluarkan selepas 40 minit aksi antara Barcelona dan Alaves. Aguero mengalami sesak nafas. Dan kemudian disahkan ada masalah kadar degupan jantungnya.
Aguero dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke wad untuk dua malam.
Kemudian, Aguero diminta untuk berehat daripada aktiviti berintensiti tinggi seperti bermain bola sepak profesional selama 3 bulan.
Barca mengeluarkan kenyataan sehari selepas kejadian itu, mendedahkan bahawa Aguero sah akan diketepikan untuk beberapa bulan. Dan proses pemulihan dalam masa tiga bulan ini sangat penting untuk Aguero.
BREAKING: Sergio Aguero 'considering retirement' as heart problem more complicated than expected https://t.co/xEjAUVmNbJ pic.twitter.com/MtrImOyWy0
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 12, 2021
Ia akan menentukan sama ada beliau akan terus boleh bermain ataupun terpaksa melupakan bola sepak profesional.
“Pemain Barcelona, Kun Aguero telah menjalani proses diagnostik dan terapeutik oleh Dr. Josep Brugada,” kata Barcelona dalam satu kenyataan.
“Dia tidak dapat berada dalam pemilihan pemain yang akan beraksi dalam tempoh tiga bulan akan datang, keberkesanan rawatan akan dinilai untuk menentukan proses pemulihannya.”
Pemain berusia 33 tahun itu telah memberikan kenyataannya menerusi media sosial berikutan berita itu.
“Saya sihat dan bersemangat untuk menghadapi proses pemulihan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas banyak mesej sokongan dan kasih sayang yang menjadikan hati saya lebih kuat hari ini,” tulisnya di Twitter.
Catalunya Radio hari ini melaporkan bahawa, kondisi Aguero sebenarnya lebih teruk daripada yang dijangka.
Doktor yang merawatnya, Dr. Josep Brugada dikatakan sudah memberikan laporan perubatan kepada Aguero. Dan beliau menyarankan agar Aguero bersara daripada bola sepak.
Namun doktor tidak menolak kemungkinan jantung Aguero mungkin boleh stabil semula. Ini selepas Christian Eriksen yang ketika ini menunjukkan tanda tanda yang sangat positif.
Jantung Eriksen dikatakan semakin kuat. Namun Serie A sudah memberikan larangan kepada Eriksen beraksi jika dia bergantung kepada alat bantuan jantung / Defibrilator – yang digunakan untuk mengecaj degupan jantung apabila berlaku masalah ataupun degupan tiba tiba melemah.
Inter Milan sudah menyatakan bahawa mereka mungkin terpaksa melepaskan Eriksen lebih awal daripada kontraknya.
Aguero sebenarnya dijangka akan menjadi penyerang pilihan utama Barca selepas menyertai perpindahan percuma dari Manchester City pada musim panas. Ini ditambah dengan pemergian Griezmann ke Atletico secara pinjaman dan ada klausa tetap.
Tetapi dia mengalami kecederaan betis sebelum dia bermain untuk kelab itu, membuatkan dia diketepikan untuk beberapa bulan pertama kempen.
Aguero kembali semula pada awal Oktober. Dia membuat lima penampilan, menjaringkan satu gol, sebelum terpaksa dikeluarkan selepas 40 minit bermain menentang Alaves sebelum dikeluarkan kerana masalah jantung.