TERKINI: Elon Musk Cuma Main Main Je Nak Beli Manchester United

Harapan sebahagian besar peminat Man United mahu melihat Elon Musk, orang terkaya di dunia, membeli Manchester United daripada Glazer tidak kesampaian.

Di mana Mus berkata dia hanya bergurau apabila dia memuat naik tweet beberapa jam sebelum itu bahawa dia akan membeli kelab bola sepak Inggeris yang sedang bergelut di atas padang dan di luar padang iaitu Manchester United.

“Tidak, ia adalah jenaka evergreen di Twitter. Saya tidak akan membeli pasukan dalam industri sukan,” tulis Musk apabila ditanya oleh warganet, sama ada dia serius untuk membeli kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu.

Musk kemudian menambah: “Jika saya nak beli mana mana pasukan pun, sudah tentunya pasuna itu Man United. Mereka adalah pasukan kegemara saya semasa kecil.”

Musk pada asalnya memuat naik tweet, “Saya membeli Manchester United, sama sama,” tanpa memberikan sebarang butiran. Beberapa peminat Manchester United, yang marah dengan kemerosotan kelab mereka baru-baru ini, sebelum ini telah menulis tweet bahawa Musk harus mempertimbangkan untuk membeli kelab itu dengan serius.

Mereka merasakan Musk adalah orang terbaik menjadi pemilik Man United berbanding Glazer. Ditambah dengan status Elon Musk selaku manusia terkaya di dunia.

Ketika ini Elon Musk berusaha untuk menamatkan perjanjian $44 bilion untuk membeli Twitter, hanya empat bulan selepas mengumumkan di platform bahawa dia akan membeli syarikat media sosial itu. Usaha Musk menarik diri itu telah membawanya ke muka pengadilan.

Musk dikenali sebagai tidak konvensional dan menyiarkan tweet yang agak kasar, yang kadangkala sukar untuk mengetahui sama ada dia bergurau atau serius.

Sebelum ini dia pernah menyatakan dia akan membeli Coca Cola selepas selesai urusan membeli Twitter. Dia menulis: “Seterusnya saya akan membeli Coca-Cola untuk memasukkan semula k**ain itu,”  – tweet pada 27 April, hanya dua hari selepas lembaga pengarah Twitter menerima tawaran tanpa dimintanya untuk membeli syarikat itu.

Merujuk kepada siaran tersebut, beberapa hari kemudian dia menafikannya dan menyatakan itu cuma gurauan.

Dia menulis: “Dan saya tidak membeli Coca-Cola untuk meletakkan ko***n semula, walaupun populariti melampau untuk tindakan sedemikian.”

Banyak lagi tweet Elon Musk yang kontroversi sehinggakan dia dan Tesla pernah didenda USD20 juta kerana tweet gurauannya.

Manchester United adalah salah satu nama yang paling dikenali dalam bola sepak dunia tetapi kini berada dalam krisis di atas padang apabila peminat berang menuntut pemilik kelab itu, keluarga American Glazer, agar berundur.

Desakan daripada peminat dan pakar untuk menukar pemilikan pemenang tiga kali Piala Eropah,  semakin kuat selepas kelab itu berada dalam kemarau sebarang trofi major selama 5 tahun.

Akhbar British The Daily Mirror melaporkan tahun lepas bahawa Glazer yang telah menghadapi tentangan meluas peminat terhadap kepimpinan mereka sejak memperoleh kelab itu pada 2005 dengan harga £790 juta.

Glazer malah bersedia untuk menjual kelab itu, tetapi hanya jika mereka telah ditawarkan lebih daripada £ 4 billion.

Dalam ranking tahunan tahun ini, Forbes meletakkan Manchester United, dengan peminat globalnya yang luas, sebagai kelab bola sepak ketiga paling bernilai di dunia pada $4.6 bilion, di belakang hanya gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona.

Tetapi saham kelab bola sepak yang tersenarai di New York itu turun mendadak dalam tempoh 12 bulan lalu dan bernilai lebih $2 bilion. Saham telah melantun semula sepanjang bulan lalu, memperoleh 16% untuk ditutup pada $12.78 pada hari Selasa.

Pasukan yang berpangkalan di utara England itu mempunyai lebih 32 juta pengikut di akaun Twitter utama mereka dan tweet pertama Musk mengenai kelab itu mendapat lebih 430,000 suka di platform dalam tempoh lima jam.

Musk, yang dianggap memiliki kekayaan bernilai $270 billion menurut Forbes, sudah tentu mampu untuk membeli kelab itu.

Minggu lalu, agensi berita mendedahkan Musk telah menjual saham Tesla bernilai $6.9 bilion, yang menurutnya boleh digunakan untuk membiayai perjanjian Twitter yang berpotensi jika dia kalah dalam pertikaian undang-undang dengan platform media sosial.

Secara keseluruhannya, Musk telah menjual saham Tesla bernilai kira-kira $32 bilion dalam masa kurang dari setahun, sebahagian daripadanya adalah untuk membayar obligasi cukai dan membiayai perjanjian Twitter.