TERKINI: Everton Berdepan Pemotongan Mata Kerana Hutang Kelab Terlalu Tinggi

Frank Lampard mungkin berada di ambang menghadapi tugas yang mustahil untuk mengekalkan Everton di Liga Perdana, kerana mereka berisiko kehilangan mata akibat dipotong.

Ia bukan musim yang menggembirakan untuk The Toffees. Aib mereka ditambah dengan keputusan pada aksi malam Isnin, di mana mereka kalah 5-0 tangan Tottenham Hotspur.

Pasukan Lampard hanya satu mata di atas Burnley di tangga ke-18, dan kini mempunyai perbezaan gol yang lebih teruk daripada pasukan Sean Dyche, walaupun mereka masih ada  satu perlawanan dalam tangan.

Mereka telah tewas lapan daripada 10 perlawanan liga terakhir yang mereka mainkan, hanya menang sekali, dan kini berdepan ancaman sebenar untuk jatuh ke Liga Kejuaraan.

Lebih buruk lagi mungkin akan berlaku, dengan Daily Mail mendedahkan bahawa mereka berdepan risiko ditolak mata dalam liga kerana melanggar peraturan Financial Fair Play.

Everton berbelanja mewah seperti big six

Everton masih belum mengeluarkan laporan kewangan musim 2021/22. Namun dalam laporan mereka pada tahun sebelumnya, mereka membayar bil gaji pemain sebanyak £165 juta.

Dah tentunya musim ini ada pengurangan kerana James Rodriguez sudah dilepaskan. Namun tidak banyak sangat bezanya. Tetapi ianya diimbangi dengan pembayaran pampasan pemecatan pengurus dan kedatangan pemain baharu seperti Dele Alli, Donny Van De Beek.

Itu yang menjadikan mereka antara kelab yang paling tinggi membayar gaji pemain di EPL malah di Eropah sekalipun. Terutama sekali untuk pasukan yang tidak beraksi dalam pertandingan Eropah.

Di luar kelompok big six – merujuk kepada Liverpool, Man United, Chelsea, Arsenal, Spurs dan Man City – Everton sudah pastinya memiliki bil gaji pemain tertinggi. Mereka memiliki ramai pemain yang menerima lebih £100,000 seminggu termasuk Yerry Mina, Andre Gomes, Jordan Pickford dan Richarlison. Sementara Dominic Calvert-Lewin pula hampir dengan angka tersebut.

Kelab hanya boleh rugi maksimum £105 juta dalam tempoh tiga musim dalam keadaan biasa, sejajar dengan liga cuba mengelakkan kelab berbelanja melebihi kemampuan mereka agar tidak terjerumus dalam masalah.

Walaubagaimanapun, pandemik yang melanda telah menyelamatkan mereka kerana Premier League memberikan peluang untuk setiap kelab memulihkan ekonomi mereka buat sementara waktu bagi menampung kerugian ketika stadium tidak dibenarkan berpenyokong sebelum ini.

Rugi terus rugi

Setelah kerugian sekitar £260 juta seperti yang yang dilaporkan untuk tahun kewangan dari 2017-2020, Everton terpaksa hanya membuat pembelian dengan harga diskaun pada musim panas lalu, menandatangani Demarai Grey dengan harga £1.8 juta, dan perpindahan lain adalah tawaran percuma serta pinjaman.

Liga telah memberi kelab sehingga akhir bulan ini untuk mengeluarkan laporan akaun mereka serta akan memberikan beberapa kelonggaran khas kerana tempoh pandemik.

Namun situasi di Everton sangat meruncing. Kerana mereka telah kehilangan penaja dari Rusia termasuk USM, Megafon dan Yota. Ini kerana sekatan terhadap Alisher Usmanov dari Rusia, berikutan pencerobohan negaranya ke atas Ukraine, bermakna dia terpaksa memutuskan hubungan dengan kelab itu.

Seterusnya penaja jersi mereka, Cazoo mengesahkan mereka tidak akan memperbaharui kontrak dengan Everton.

Oleh sebab itu, Everton ketika ini berpotensi besar menjadi kelab yang akan berdepan dengan pemotongan mata kerana akaun FFP mereka yang tenat ataupun tidak sihat.

Trend perbelanjaan mereka yang seperti pasukan big six dalam beberapa musim kebelakangan ini hanya menambah beban kewangan kelab terutama sekali dari segi bayaran perpindahan dan bil gaji.

Lebih malang mereka terus gagal beraksi di pentas seperti UCL. Dan gagal beraksi di pertandingan eropah yang lain. Selain itu Everton terus gagal memenangi sebarang piala membuatkan mereka gagal mendapatkan bonus kemenangan.

Itulah akibatnya apabila mereka berbelanja seperti big six. Pasukan big six memiliki sumber kewangan sangat kukuh berbanding dengan Everton. Dan mereka beraksi dalam pertandingan Eropah dan Chelsea serta Liverpool misalnya, mereka sempat menjulang UCL dalam beberapa musim terakhir ini.

Jika mereka dipotong mata, Everton juga sangat besar risiko mereka terhumban ke Liga Kejuaraan.

Ianya pasti hari yang sangat sukar untuk Lampard. Pastinya akan menjadi lebih sukar apabila Lampard mendengar ada penyokong Everton mahukannya digantikan dengan Steve Bruce.