TERKINI: Everton Langgar Peraturan FFP, Berdepan Pemotongan Mata Dan Sekatan Perpindahan

Everton dilaporkan telah didapati bersalah melanggar peraturan FFP. Dan kini kelab itu berdepan hukuman berat termasuk pemotongan mata dan sekatan di jendela perpindahan.

Everton sebelum ini menanggung hutang yang sangat banyak.

Namun Premier League memberikan kelonggaran untuk mereka cuba mengimbangi hutang tersebut kerana pandemik.

Kini, kelab yang berpangkalan di Merseyside itu akan dirujuk kepada suruhanjaya bebas bagi satu lagi audit berkaitan dengan financial fair play.

Everton dilaporkan sangkut FFP kerana perbelanjaan mereka musim lepas.

Satu audit kelab kelab EPL untuk musim 2021/22 dikeluarkan pada Mac. Dan Everton ternyata gagal mengimbangi kerugian mereka.

Tahun lalu, Burnley dan Leeds dengan terbuka menghantar surat pertanyaan kepada Premier League. Selepas kelab itu didapati menanggung kerugian sekitar £371.8 juta dalam 3 tahun terakhir.

Di bawah peraturan EPL, kelab tidak dibenarkan rugi lebih daripada £105 juta dalam 3 tahun terakhir. Dan peraturan dengan jelas menyatakan bahawa sesebuah kelab yang gagal mematuhi peraturan itu bakal berdepan dengan pemotongan mata serta digantung daripada jendela perpindahan, sehingga akaun FFP mereka sihat.

Pada masa Leeds dan Burnley menghantar surat itu, kedua dua kelab itu sedang berada dalam zon penyingkiran.

Di mana pada akhir musim Burnley tersingkir dan Leeds terselamat.

Mereka merasakan bahawa Everton seharusnya disingkirkan ke divisyen bawahan kerana mereka melanggar peraturan FFP.

Everton kini berdepan hukuman berat. Dan kelab sudah mengeluarkan kenyataan mereka, menyatakan bahawa kelab itu kecewa dengan keputusan ke atas mereka.

Dan bertekad akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan diri mereka daripada keputusan suruhanjaya siasatan bebas.

Everton mahukan peminat mereka bertenang dan yakin bahawa kelab mengikuti segala garis panduan FFP yang ditetapkan.

Baca yang lain