TERKINI: FA Sahkan Cavani Melakukan Kesalahan Serius Melanggar Peraturan Berkaitan Rasisme

Penyerang veteran Manchester United, Edinson Cavani dihukum gantung minimum 3 perlawanan oleh FA di atas kesalahannya ketika menggunakan media sosial dengan menulis perkataan yang dituduh berbaur rasis.

Sebelum ini Football Association (FA) telah menyiasat hantaran media sosial menerusi Instagram yang dimuat naik oleh Cavani yang dituduh ada unsur unsur rasis.

Cavani menjari wira pasukannya ketika itu. Di mana dia masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dan menyumbang kepada kesemua 3 gol United dengan 2 gol dan 1 assist.

Man United menang 3-2 selepas ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.

Cavani memuat naik status dengan kapsyen dalam bahasa Sepanyol: “Gracias N*grito” – mengucapkan terima kasih kepada rakannya.

Bagi sesetengah orang di beberapa negara, kenyataan itu adalah ofensif dan berbaur rasis.

Difahamkan Cavani memuat naik kapsyen itu yang biasanya digunakan di Uruguay, dan ianya tidak berbaur rasis di sana.

Di Uruguay, Negrito merujuk kepada istilah ‘bro’ di negara lain.

BBC melaporkan pihak Cavani sudah dimaklumkan bahawa ayat yang beliau gunakan itu adalah sensitif di UK.

BBC juga menegaskan Man United juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Cavani.

EoBQseOXcAI7zq7

Cavani tampil meminta maaf dan menjelaskan bahawa perkataan negrito itu ditujukan kepada rakannya dan ia adalah panggilan mesra. Tidak sama sekali membawa  maksud konotasi negatif.

Beliau menyatakan bahawa tidak berniat langsung mahu menyinggung sesiapa.

Cavani kini dikenakan tindakan di bawah regulasi Peraturan E3.2 yang berkaitan dengan warna kulit, etnik dan asal seseorang.

Cavani berkata:

“Mesej yang saya hantar selepas perlawanan pada hari Ahad adalah merujuk kepada ucapan sayang kepada seorang rakan, mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah darinya setelah perlawanan berakhir.”

“Perkara terakhir yang saya mahu lakukan adalah menyinggung perasaan orang lain,” katanya.

“Saya benar-benar menentang perkauman dan menghapus mesej itu sebaik sahaja dijelaskan bahawa ia dapat ditafsirkan secara berbeza.”

“Saya ingin meminta maaf dengan tulus untuk ini.”

Man United menyatakan mereka memberikan jaminan bahawa kelab dan para pemain mereka sangat komited dalam memerangi perkauman dan berjanji akan memberikan kerjasama kepada FA.

Man United berkata: “Kami dimaklumkan oleh FA hari ini, bahawa Edinson Cavani dikenakan tindakan kerana hantaran di media sosial sebagai balasan kepada mesej tahniah daripada rakannya selepas aksi cemerlang beliau berhadapan Southampton.”

“Edinson menjelaskan beliau sama sekali tidak ada niat jahat di sebalik mesej itu, yang dia menghapuskan hantaran itu dan segera meminta maaf setelah dia diberitahu bahawa itu mungkin telah disalah anggap.”

“Pemain dan kelab sekarang akan mempertimbangkan tuduhan itu dan akan memberikan maklum balas kepada FA dengan sewajarnya.”

Penyerang Uruguay itu mempunyai masa hingga Isnin 4 Januari 2021 untuk memberi respons. Jika dia memutuskan untuk mencabar keputusan itu maka Cavani akan terus tersedia untuk bermain sehingga tarikh hukuman ditetapkan.

Kenyataan FA berbunyi: “Edinson Cavani telah didakwa melakukan kesalahan kerana melanggar Peraturan FA E3 berkaitan dengan catatan media sosial pada hari Khamis 29 November 2020.”

“Ia bertentangan dengan Peraturan FA E3.1, komentar yang disiarkan di laman Instagram pemain Manchester United FC itu menghina dan / atau secarakasar dan / atau tidak wajar dan / atau menjadikan sukan ini tercemar.”

“Lebih lanjut, bahwa komentar tersebut merupakan” Pelanggaran Serius”, yang didefinisikan dalam Peraturan FA E3.2, karena termasuk rujukan, sama ada tersurat atau tersirat, terhadap warna dan / atau ras dan / atau asal etnik.

“Penyerang mempunyai masa sehingga Isnin 4 Januari 2021 untuk memberikan respons terhadap tuduhan tersebut.”

EPL sangat tegas dengan perkara perkara yang berkaitan dengan rasisme. Mereka liga paling pro aktif menyokong gerakan Black Lives Matter.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.