TERKINI: Fabrizio Romano Sahkan Aguero Sedia Sertai Barcelona Dengan Pengurangan Gaji

Sergio Aguero dilaporkan sudah memulakan rundingan pertamanya dengan Barcelona. Aguero akan meninggalkan Man City secara percuma selepas tamat musim ini.

Nama Aguero dikaitkan dengan banyak kelab. Namun Barcelona kini dilaporkan menjadi pendahulu persaingan. Di mana Barca menjadikan posisi no.9 sebagai salah satu keutamaan mereka.

Dengan situasi Erling Haaland yang kurang memihak kepada mereka, Barcelona merasakan Aguero adalah pilihan terbaik mereka ketika ini.

Selain daripada Aguero, Barcelona juga sedia membawa masuk Memphis Depay. Pemain yang menjadi senjata utama Ronald Koeman ketika dalam pasukan kebangsaaan Belanda.

Depay sudah mencari rumah di sekitar Barcelona dan sudah bertemu dengan Pengarah Sukan, Mateu Alemany – baru baru ini.

Pemain Belanda itu ditawarkan kontrak hampir lebih separuh daripada gaji beliau di Lyon oleh Barcelona. Pemain itu dilaporkan sedia untuk menerima pengurangan gaji.

Seterusnya Aguero terus menjadi buruan utama. Fabrizio Romano juga mengesahkan bahawa rundingan dengan Barcelona sedang berlangsung dan pemain kebangsaan Argentina itu sedia menerima pengurangan gaji.

Dengan syarat dia dapat bermain dengan Lionel Messi pada musim hadapan. Jadi, Aguero adalah isyarat penting kepada peminat Barca, sama ada Messi akan kekal atau angkat kaki pada musim hadapan.

Namun itu bukanlah jaminannya. Kerana Messi juga pemain yang akan memegang status sebagai ejen bebas selepas tamat musim ini.

Aguero akan bermain perlawanan terakhir City dalam aksi final UCL berhadapan dengan Chelsea.

Aguero memutuskan untuk menamatkan karier cemerlangnya selaku legenda City selepas 10 tahun.