TERKINI | Fabrizio Romano: United, Barca Capai Kesepakatan Harga De Jong

Manchester United dan Barcelona mencapai kesepakatan harga untuk perpindahan Frenkie De Jong.

Di mana Manchester United akhirnya akur dengan permintaan Barca untuk pakej keseluruhan EUR85 juta. Harga yang mereka bayar kepada Ajax sebelum ini.

Namun bayaran tetap adakan EUR75 juta. Bakinya adalah dalam bentuk bonus.

Isu De Jong antara saga perpindahan yang sangat lama kali ini. Kedua dua kelab sebelum ini gagal mencapai kesepakatan harga.

Kini Manchester United masih perlu meyakinkan De Jong untuk menerima syarat perpindahan ke kelab mereka. Kerana pemain itu masih lagi mahu kekal di Barcelona sebagai keutamaannya.

Barcelona sebelum ini menegaskan bahawa mereka mahu De Jong kekal. Tetapi pemain itu harus menerima pemotongan gaji.

De Jong tidak bersetuju untuk dipotong gaji. Kerana Barcelona sendiri masih berhutang sekitar EUR13 juta dengan pemain itu, yang merupakan tunggakan gaji.

De Jong merupakan sasaran utama Erik Ten Hag bagi revolusi baharu di Manchester United.

Beliau adalah pemain yang memahami kehendak taktikal Ten Hag. Kedua duanya pernah bekerjasama ketika di Ajax pada satu ketika dahulu.

Penjualan De Jong ini akan membuka pintu kepada penandatanganan Robert Lewandowski yang masih menunggu kesepakatan dicapai antara 2 kelab.

Bayern menyatakan bahawa mereka mahu Barca membeli Lewandowski pada minggu ini.

Pemain antarabangsa Poland itu sudah tidak berselindung tentang kemahuannya berpindah ke Barcelona.

Baca yang lain