TERKINI: FIFA Mahu Musim 2019/20 Ini Dipanjangkan

The Athletic melaporkan bahawa FIFA akan memanjangkan lagi musim 2019/20.

Ini bermakna pengurusan liga di kesemua negara terutama sekali Eropah boleh menamatkan liga mereka selama mana yang mereka mahu.

Sebelum ini ada isu dengan percanggahan liga tamat dengan liga musim baharu yang bakal bermula.

Tetapi, FIFA menegaskan bahawa, setiap pengurusan liga tidak perlu panik untuk menamatkan liga dan boleh memulakan musim 2020/21 pada bila bila masa yang mereka rasa boleh.

Selain itu,  The Athletic turut melaporkan FIFA akan memanjangkan lagi tempoh kontrak pemain dan membenarkan pemain melanjutkan kontrak lebih daripada 30 Jun untuk sepenggal.

FIFA lanjutkan musim

FIFA dijangka akan mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat.

FIFA senada dengan UEFA dalam hal ini. Kedua dua badan bola sepak itu tidak mahu ada pertandingan yang dibatalkan / null and void.

Aleksander Ceferin juga sudah menyatakan bahawa UEFA masih berpegang kepada pendirian mereka bahawa kesemua pertandingan perlu ditamatkan bukannya dimansuhkan.

Jika liga dimansuhkan ataupun dibatalkan, bermakna tiada pemenang akan dinobatkan. Ini akan menyukarkan usaha untuk mencari siapa layak ke UCL/UEL.

Dan seterusnya bagi liga domestik, sukar untuk menentukan siapa yang tersingkir.

Ceferin juga kesal dengan kenyataan media ZDF di Jerman yang menyatakan beliau meletakkan tarikh akhir untuk pertandingan UCL dan UEL adalah pada 3 Ogos.

Impak null and void sangat besar kepada pasukan yang memang sudah terjejas secara ekonomi terutama sekali pasukan kecil di EPL, Serie A serta Sepanyol.

Misalnya EPL, jika liga dibatalkan ataupun dimansuhkan, mereka perlu membayar £762 juta kepada badan penyiar. Itu belum lagi termasuk bayaran kepada penaja lain untuk penamatan kontrak musim ini.

FIFA mahu setiap liga bertenang dalam hal ini dan tidak mahu apabila liga disambung kelak, terlalu banyak perlawanan dalam seminggu, ia akan memudaratkan pemain.

Seterusnya, FIFA tidak memberikan sebarang tarikh khusus untuk liga bersambung semula.

Setiap pentadbir liga perlu mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan situasi benar benar sesuai untuk menyambung semula pertandingan domestik.

Tumpuan ketika ini isu kesihatan

Paling penting ketika ini adalah usaha untuk memerangi covid-19 dan memastikan kesihatan awam sebagai keutamaan.

Buat masa ini liga bola sepak utama di Eropah masih ditangguhkan kerana pandemik koronvirus.

UEFA sudah mengesahkan bahawa kejohanan EURO 2020 akan dianjak ke tahun hadapan.

Kalendar perlawanan kejohanan major dan persahabatan antarabangsa Eropah juga dibatalkan oleh UEFA.

Ini bagi memberikan peluang kepada pengurusan liga domestik untuk menamatkan liga mereka terlebih dahulu.

Liga Perdana Inggeris sudah menyatakan bahawa mereka tidak dapat memberikan tarikh baharu untuk liga bersambung semula.

Mereka mahu memastikan keadaan benar benar sesuai dan mengizinkan.

Mungkin juga liga akan disambung dalam keadaan stadium kosong.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil