FIFA sudah mendapat maklum tentang video nyanyian pemain pemain Argentina ketika di dalam bas yang dianggap rasis.
Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF) sudah menyatakan bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada UEFA dan FIFA berkaitan dengan perkara tersebut.
Ini selepas pemain pemain Argentina mengejek Perancis yang bermain menggunakan ramai pemain berketurunan Afrika.
Video yang dimuatnaik oleh Enzo Fernandez itu mendapat reaksi daripada ramai pihak. Termasuk rakan sepasukannya di Chelsea yang kecewa dengan perkara itu.
Enzo Fernandez sudah mengeluarkan permohonan maaf secara rasmi di Instagram miliknya. Dan Chelsea juga sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengambil prosedur tatatertib ke atas pemain tengah itu.
FIFA akan melakukan siasatan ke atas video yang dimuat naik oleh Enzo Fernandez yang didakwa rasis dan menggalakkan diskriminasi.
FIFA menulis: “FIFA maklum tentang video yang viral di media sosial dan insiden tersebut telah disiasat.
“FIFA mengutuk sekeras kerasnya kerasnya sebarang bentuk diskriminasi yang dibuat sesiapa sahaja termasuk pemain, penyokong dan pegawai bertugas.”
FIFA berjanji bahawa siasatan telus akan dijalankan dan tindakan diambil jika didapati pemain pemain Argentina melakukan kesalahan.
FA Perancis, FFF turut memberitahu bahawa mereka mahu mengheret AFA (FA Argentina) ke mahkamah kerana kelakuan pemain-pemain Argentina yang dianggap tidak boleh diterima dalam bola sepak.
Di Argentina perbalahan berlaku antara presiden negara tersebut dengan timbalan setiasaha sukan kebangsan mereka. Semalam setiausaha kementerian sukan Argentina, Julio Garro mendesak Lionel Messi dan Presiden AFA, Tapia meminta maaf kepada Perancis kerana video tersebut.
Menurut Garro, video itu telah mencemarkan nama baik Argentina di mata dunia, dan sebagai kapten, Messi harus berani mengambil tanggungjawab meminta maaf kepada Perancis.
Namun presiden Argentina – beberapa jam selepas itu – membidas Garro dan mendesak menteri sukan Argentina memecat setiausaha tersebut. Presiden Argentina Javier Milei mempertahankan video tersebut sambil menyatakan: “Itu bukan lagu rasis, tetapi itu memang hakikat di [dalam skuad] Perancis hari ini.”