TERKINI: Frimpong Dalam Proses Lengkapkan Prosedur Medikal Untuk Sertai Liverpool

Jeremie Frimpong dilaporkan sudah mengaktifkan klausa pelepasannya, dan dia mahu menyertai Liverpool. Pemain itu memiliki klausa pelepasan hanya €35 juta.

Dan kini pemain itu dilaporkan dalam proses medikal di Anfield untuk memuktamadkan perjanjian ke kelab juara England itu.

Agak menarik kerana Frimpong dibawa masuk untuk menggantikan Trent Alexander Arnold yang akan pergi secara percuma selepas tamat musim ini.

Frimpong bukan pemain bek kanan. Dia adalah pemain bek sayap kanan (right wing back) dan pemain sayap kanan.

Menurut Fabrizio Romano, pemain itu hanya menunggu masa untuk diumumkan sebagai pemain baharu Liverpool.

Sebelum ini  pakar perpindahan Eropah itu sudah melafazkan Here We Go: Frimpong ke Liverpool.

Jeremie Frimpong akan menjadi pembelian mahal pertama di bawah Arne Slot  yang sebelum ini boleh dikatakan tidak membeli pemain. Dia hanya diberikan Chiesa yang merupakan pemain sandaran untuk squad depth dibeli oleh kelab.

Menurut laporan Sky Jerman, Frimpong akan meninggalkan Bayer Leverkusen untuk menyertai Liverpool dengan kontrak sehingga 2030.

Pemain tersebut juga dikatakan sudah tak sabar untuk menyertai Liverpool. Frimpong sebelum ini menunjukkan aksi mengujakan ketika Leverkusen berkunjung ke Anfield menentang Liverpool.

Frimpong menjadi salah seorang nama penting kelab Leverkusen yang angkat kaki kali ini. Pengurus mereka Xabi Alonso sah akan meninggalkan kelab itu, dan bakal diumumkan Real Madrid.

Sementara Florian Wirtz juga sedang dalam proses mencari kelab baharu.

Peminat segera berkongsi video lama Frimpong menyatakan kelab yang dia mahu sertai adalah Liverpool selain  daripada Man City. Frimpong adalah peminat Liverpool ketika  di bangku sekolah. Namun dia ada hubungan istimewa dengan Man City kerana dia adalah graduan akademi kelab itu.