John Henry, pemilik utama Liverpool, telah menamatkan spekulasi mengenai penjualan penuh kelab bola sepak itu.
Di mana menurut Henry, ada terdapat salah faham dalam tafsiran sesetengah pihak tentang kenyataan mereka sebelum ini.
Spekulasi telah berleluasa mengenai masa depan Liverpool selepas diumumkan akhir tahun lalu bahawa Fenway Sports Group sedang meneroka pilihan mereka mengenai pelaburan luar.
Tetapi dalam temu bual dengan Boston Sports Journal baru-baru ini, Henry telah mengesahkan bahawa FSG akan mempertimbangkan hanya ‘pelaburan luar’ dan bukan penjualan penuh.
Bercakap mengenai situasi pemilikan Liverpool, Henry berkata: “Ya. Saya tahu terdapat banyak perbualan dan petikan mengenai LFC (Kelab Bola Sepak Liverpool), tetapi saya berpegang pada fakta: kami hanya memformalkan proses yang berterusan.”
“Adakah kami akan menjual LFC? Tidak. Adakah kita bercakap dengan pelabur tentang LFC? Ya.”
“Adakah sesuatu akan berlaku di sana? Saya percaya begitu, tetapi ia tidak akan menjadi jualan. Ada tak kami pernah menjual apa-apa dalam tempoh 20+ tahun yang lalu?”
Apakah perasaan penyokong Liverpool mengenai keputusan itu?
Keputusan itu mungkin akan membuatkan peminat Liverpool berbagi pendapat tentangnya.
Hampir semua Kopites mengiktiraf kerja baik FSG sejak mengambil alih kelab itu lebih sedekad lalu.
Tetapi sebaliknya, kekurangan pelaburan telah menimbulkan kemarahan penyokong sejak kebelakangan ini.
Musim buruk yang dialami Jurgen Klopp dan pasukannya adalah sekurang-kurangnya sebahagiannya kerana skuad yang semakin menua, satu isu yang sepatutnya ditangani sepanjang jendela perpindahan sebelum ini.
Mungkinkah strategi mencari pelabur luar ini akan membantu Liverpool terus bersaing dengan kelab kelab yang memiliki dana besar daripada pak Arab seperti Man City, Newcastle atau mungkin Man United selepas ini. Selain itu, pasukan seperti Chelsea juga dilihat sangat terbuka berbelanja.