TERKINI: GDS Laporkan Liverpool Tawar Kontrak 5 Tahun Kepada Werner

Koresponden Nico Schira, dari Gazetta Dello Sport telah melaporkan bahawa Liverpool memulakan langkah seterusnya dalam pemburuan Timo Werner.

Sebelum ini Liverpool memberitahu RB Leipzig bahawa mereka mahu mengaktifkan klausa pelepasan yang ada pada Werner.

Dan Liverpool diberitahu bahawa klausa pelepasan itu hanya sah sehingga hujung bulan ini. Selepas masuk April, harga akan ditentukan oleh kelab 100%.

Werner akan beri kata putus

Pihak Werner dimaklumkan dengan perkara itu, namun Werner masih belum memberikan kata putus. Dan pada masa yang sama Timo Werner mengakui teruja dikaitkan dengan Liverpool.

Malah beliau menyatakan beliau perlu berusaha lagi untuk menempatkan diri dalam pasukan seperti Liverpool yang beliau sifatkan sebagai terbaik di dunia.

Beliau sebelum ini sudah memberitahu bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontrak dengan pasukan tersebut bagi mencari cabaran baharu di tempat lain.

Selepas aksi berhadapan dengan Spurs, Werner telah ditanya wartawan berkenaan dengan komen beliau ke atas beriya yang mengaitkan beliau dengan Liverpool.

Beliau menganggap itu satu penghargaan di dalam kariernya, dikaitkan dengan pasukan Jurgen Klopp itu.

Timo Werner telah menggelar pasukan Liverpool sebagai yang terbaik di dunia pada ketika ini. Komen beliau telah menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau akan ke Anfield.

Beliau menyatakan, jika beliau berimpian mahu ke Anfield, beliau harus meningkatkan dan memperbaiki kualiti permainannya.

Beliau dilihat memiliki segala kualiti yang diperlukan oleh seseorang pemain yang mahu bersaing dengan pemain lain yang berkualiti dalam pasukan Liverpool.

Walaupun Werner sedar ianya bukan tugas mudah untuk meletakkan diri di dalam kesebelasan pasukan seperti Liverpool, namun beliau berbesar hati dan teruja apabila dikaitkan dengan The Reds.

Tambah tambah lagi beliau memikirkan prospek dapat beraksi dengan Mo Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

Perubahan pada kalendar

Werner dianggap pilihan terbaik untuk dibawa ke Anfield kerana mengambil kira kejohanan Piala Negara Negara Afrika yang kembali semula dianjurkan pada mid season kalendar liga di Eropah.

Liverpool bakal kehilangan dua pemain utama mereka iaitu Sadio Mane dan Mohammed Salah di bahagian serangan. Ia kehilangan besar dari segi gol,

Werner boleh bermain di posisi no.9 dan juga sebagai penyerang sayap.

Werner sebelum ini menyatakan beliau tidak mahu memikirkan soal perpindahan ke Liverpool kerana tahu, sukar untuk mendapat tempat di sana.

Namun senario sekarang berubah, selepas AFCON mengumumkan Piala Negara Afrika ditukar semula ke Januari.

Klopp mahu Werner menjadi pemain yang mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Mo Salah dan Sadio Mane.

Nico Schira semalam melaporkan bahawa Liverpool menawarkan kontrak 5 tahun kepada Werner dengan kontrak keseluruhan bernilai £6.8 juta semusim termasuk bonus.

Perbicangan kini dilaporkan sedang berjalan di antara kedua dua pihak.

Jika Werner setuju dengan tawaran mereka, Liverpool akan membayar klausa pelepasan bernilai £49 juta sebelum April.

Werner terus menjadi penggempur prolifik di Bundesliga. Beliau menjaringkan 27 gol dalam 33 perlawanan dalam semua kompetisi musim ini.

Di mana Werner akan bermain?

Werner merupakan pemain yang bermain di posisi no.9. Pada masa yang sama sangat efektif apabila bermain sebagai penyerang sayap kiri.

Selain itu beliau juga boleh bermain sebagai no.10, dalam sistem 4-2-2-2 yang kerap digunakan Ralf Ragnick – apabila diperlukan.

Mengambil kira situasi semasa di Liverpool, jika Sadio Mane dan Mohamed Salah pergi ke AFCON, Timo Werner akan menjadi pemain yang boleh bermain di posisi kiri, manakala pemain seperti Takumi Minamino, Xherdan Shaqiri dan Oxlade Chamberlain akan bermain di kanan.

Firmino dan Origi akan menjadi pemain yang akan di posisi no.9.

Werner dan Origi ada persamaan dari segi posisi iaitu no.9 yang boleh bermain sayap kiri apabola diperlukan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.