TERKINI: Halim Saari Disahkan ACL, Rehat 9 Bulan

Selangor menerima perkhabaran duka dari pusat rawatan mereka. Ini apabila pemain tengah mereka Halim Saari disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Pemain itu akan berehat panjang kira kira 9 bulan. Dan akan menjalani pembedahan ACL pada minggu hadapan.

Halim beraksi sebagai pemain tengah dalam aksi berdepan Terengganu. Namun terpaksa dikeluarkan awal, pada minit ketujuh, kerana kecederaan.

Selangor FC dalam kenyataannya berkata:

“TERKINI: Pemain tengah kental Gergasi Merah, Halim Saari disahkan mengalami kecederaan ACL dan berkemungkinan terpaksa berehat untuk 9 bulan. Beliau dijadualkan untuk menjalani pembedahan pada minggu hadapan.”

SFC turut memberikan kita akan menyokong segala proses rawatan Halim dan mendoakan pemain itu segera sembuh.

SFC komited untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada Halim dalam proses rawatan beliau dan mendoakan agar beliau terus tabah & cepat sembuh.”

Halim Saari merupakan pemain yang berada dalam perancangan penting Selangor musim ini. Kehilangan pemain muda itu sangat dirasai Selangor dalam aksi menentang Terengganu.

Beliau merupakan pemain yang beraksi di posisi nombor enam.

Dalam aksi menyang Terengganu, Selangor tewas 3-1 di tempat lawan.

Apapun, semoga cepat sembuh buat Halim Saari.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan