TERKINI: Hampir 20 Juta Guna Steam Hari Ini, Rekod Baru Dicipta

Steam merupakan gaming platform di PC yang sangat popular. IGN melaporkan pada hari ini, ianya telah memecahkankan rekod pengguna tertinggi sepanjang ia ditubuhkan.

Menurut statistik oleh Steam Tracker, kemuncak penggunannya pada 7.30 pagi Ahad telah mencapai 19,728,027 orang sedang menggunakannya.

Ianya adalah rekod baharu untuk servis Steam buat masa ini. Dan ia dianggap sebagai satu rekod yang luar biasa.

Rekod sebelum ini telah dipecahkan iaitu sebanyak 18,801,944 pada Februari 2020. Ini mermakna rekod baharu ini telah memecahkan rekod lama hampir sejuta pengguna.

Senarai permainan video yang menjadi pilihan adalah tidak mengejutkan sangat. Di tangga teratas, ketika peak / kemuncak penggunaannya adalah Counter-Strike: Global Offensive (juga disebut CS:GO) menarik pengguna sebanyak 1,007,062 pemain.

Sementara itu, di tempat kedua adalah DOTA 2, di mana pada kemuncaknya telah menarik 694,829 pengguna.

Permainan popular masa kini, PlayerUnknown’s Battlegrounds pula berjaya menarik 525,462 pemain. Diikuti Rainbow Six Siege dan Grand Theft Auto Online.

Kenaikan mendadak ini adalah kerana ramai yang berkurung di rumah ketika wabak koronavirus/ COVID-19.

Ramai yang mengambil pendekatan untuk mencegah seperti mengawal jarak daripada orang.

Biasanya pada hujung minggu ramai yang pergi berkumpul ataupun beriadah di tempat awam. Namun kali ini masing masing lebih memilih untuk duduk sahaja kat rumah.

Bukan itu sahaja, malah ada banyak negara yang mengenakan perintah berkurung / lockdown buat sementara waktu.

Selain daripada itu, ketika di rumah, mereka yang meminati acara sukan pula, tidak dapat mengikuti banyak acara sukan ditayangkan di tv kerana banyak yang sedang ditangguhkan.

Sebagai contoh, EPL, Serie A, dan beberapa acara sukan yang lain.

Bukan sahaja Steam, malah platform digital seperti Netflix juga telah menokok jumlah tontonannya pada ketika ini.

Disney+ baru sahaja mengumumkan bahawa Frozen 2 tiba tiba menarik tontonan jauh lebih ramai berbanding dengan 3 bulan yang lalu.

Koronavirus menjadi wabak global selepas ia tersebar dari China. Ianya bermula di Wuhan.

Oleh kerana dunia moden dan pergerakan manusia yang mudah, telah membantu meningkatkan lagi penularan wabak tersebut.

Buat masa ini terdapat lebih 158,000 kes dilaporkan di seluruh dunia. Dengan kes kematian meningkat kepada lebih 5,800. Terdapat lebih 74,000 kes di mana pesakit telah pulih.

Saintis dan pakar perubatan masih mencari penawar dan vaksin yang mampu untuk merawat koronavirus.

Pastikan anda sentiasa mendapatkan kemaskini daripada kementerian kesihatan di negara anda sedang tinggal. Ini penting untuk memastikan anda mendapat informasi terkini.

Seterusnya, sila ikuti prosedur kesihatan sekiranya ada ada simptom koronavirus.