The Athletic melaporkan bahawa Harry Kane sudah menyatakan kepada Tottenham Hotspur bahawa dia tidak akan melanjutkan kontraknya lagi dengan pasukan itu.
Di samping itu, kapten England itu turut mendesak Spurs menjualnya ke Bayern Munich.
Sebelum ini Daniel Levy menolak 2 bidaan rasmi Bayern Munich untuk membeli Harry Kane. Bidaan pertama bernilai €70 juta dan yang kedua bernilai €80 juta.
Levy kemudian menyediakan tawaran kontrak baharu kepada Kane yang membolehkan pemain itu bakal menerima £400 ribu seminggu di Tottenham.
Mereka juga menyediakan pakej khas, karier selepas persaraan sebagai pemain bola sepak kepada Harry Kane.
Di mana Kane boleh menjadi sebahagian staf kejurulatihan kelab sebaik sahaja bersara di kelab itu. Atau menjadi duta rasmi kelab.
Levy yakin Kane akan terbuka dan cair hatinya untuk melanjutkan kontrak dengan Spurs. Kerana sebelum ini Levy pernah melakukan perkara sama memujuk Kane melupakan tawaran kelab lain dan menandatangani kontrak baharu.
Malangnya, Kane kali ini tidak mahu melanjutkan kontrak. Jika Spurs tidak menjualnya ke Bayern Munich sekarang, kelab itu akan melopong melihat Kane menjadi ejen bebas.
Pada masa itu, Kane boleh menyertai Bayern secara percuma!
Pengurusan tertinggi Bayern benar benar berminat dengan Harry Kane. Terutama sekali Thomas Tuchel sendiri mahukan Kane menjadi penyerang utama pasukannya.
Kane melihat Bayern Munich sebagai destinasi terbaik untuk dia menamatkan rekod tanpa trofi domestik di peringkat profesional sebagai pemai bola sepak, walaupun sudah menjaringkan beratus ratus gol.
Sebelum ini PSG turut menyatakan minatnya ke atas Kane. Namun pemain itu hanya mahukan perpindahan ke Bayern Munich.
Harry Kane has made it clear to Daniel Levy that he has no intention of signing a new deal this summer and, although open to all options, is prepared to accept a move to Bayern rather than leave next year for free if that was considered best for his club [@Matt_Barlow_DM] pic.twitter.com/T15netHZbC
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) July 20, 2023
Kane juga sedia untuk terus kekal di Spurs tahun ini dan menandatangani pra kontrak pada Januari 2024, untuk menyertai Bayern secara percuma pada akhir musim ini.
Kane kini merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman di Spurs dan penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman di EPL di belakang Alan Shearer.