Penyerang baharu Manchester United dari Nigeria, Odion Ighalo dilarang berada di sekitar kawasab pusat latihan pasukan di kompleks latihan AON, terletak Carrington untuk tempoh sekurang kurangnya dua minggu.
Pemain telah itu dikuarantin oleh pihak kelab, kerana baru sahaja tiba dari China – sebagai langkah berjaga jaga daripada wabak koronavirus. China merupakan negara yang menjadi pusat kepada koronavirus.
Dengan berita terbaru ini, bermakna Odion Ighalo dijangka akan terlepas aksi berhadapan dengan Chelsea sebaik sahaja liga bersambung semula.
Sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer menyatakan pemain itu akan menyertai pasukan mereka menentang Chelsea untuk potensi mendapat debut. Jadi dengan larangan oleh bahagian perubatan, Ighalo nampaknya kena menunggu lagi.
Tempoh hari Odion Ighalo dilarang untuk menyertai kem latihan musim sejuk di Sepanyol. Ianya kerana larangan prosedur kerajaan UK dan Sepanyol menetapkan, jika dia ke Spain, dia akan dikuarantin 14 hari di sana.
Ighalo juga diarahkan oleh kerajaan UK untuk dikuarantin selama 14 hari.
Kerisauan ke atas koronavirus menjadi perkara utama dalam kes ini. Kerana Ighalo datang dari China.
EXCLUSIVE: Odion Ighalo banned from Man Utd training ground over coronavirus fears |@DiscoMirrorhttps://t.co/Ga0Bqe26EW pic.twitter.com/KAbFBx07Wv
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 12, 2020
Di China ketika ini koronavirus sudah mengorbankan lebih 1,000 nyawa.
Odion Ighalo ditandatangani oleh Man United dari kelab China, secara pinjaman.
Beliau menjadi pemain yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan sementara oleh Rashford. Ini kerana penggempur England itu mengalami kecederaan.
Ighalo setuju dengan kontrak jangka pendek di Man United. Ini selepas mereka gagal mendapatkan penyerang seperti Erling Haaland. Dan lebih pedih, apabila Marcus Rashford.
Perpindahan ke United oleh striker berusia 30 tahun itu mengejutkan ramai pihak. Ini kerana beliau sebelum ini tak pernah beraksi dengan pasukan yang besar.
Ighalo merupakan pemain yang beraksi di posisi nombor sembilan.
Ighalo menganggap perpindahan itu sebagai impian yang menjadi kenyataan. Beliau merupakan peminat Man United sejak dahulu lagi.
Ighalo juga bersetuju dengan pemotongan gaji sehingga £30,000 untuk bermain bersama Man United. Bermakna beliau hanya menerima gaji sekitar £100,000 di Old Trafford.
Sejak tiba di England, Odion Ighalo telah menjalani latihan secara bersendiri di Manchester. Namun Ighalo benar-benar mengambil serius hal latihan tersebut.
Odion Ighalo isn't here to mess about 😤 pic.twitter.com/2eFpjs6G0q
— utdreport (@utdreport) February 7, 2020
Beliau sebelum ini pernah bermain dan merasai suasana EPL – dengan bermain untuk Watford. Beliau kemudian menerima tawaran lumayan di China dan pergi ke sana.
Ole percaya Ighalo akan menjadi nadi penting dalam usaha United mengejar slot empat teratas – syarat untuk kembali ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.
Man United kini sedang dalam rangka persiapan untuk menghadapi perlawanan penting berhadapan dengan pasukan Chelsea.
Kedua dua pasukan sebelum ini bergelut untuk mengekalkan konsistensi. Selepas rehat musim sejuk, pastinya mereka mahu memperbaiki prestasi pasukan bagi menamatkan saingan di empat teratas.