Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris ataupun TMJ mengumumkan bahawa JDT meluaskan lagi portfolionya dalam bidang sukan. Kini mereka bakal menceburi bindang sukan permotoran. Pasukan mereka akan dikenali sebagai JDT Racing Team.
Di mana Hafizh Syahrin turut terlibat dalam projek bersejarah ini. JDT Racing Team bakal muncul dala pertandingan Asia Road Racing Championship. Dan cita cita besar mereka adalah mahu menyertai WSBK suatu hari nanti.
Sebelum ini JDT sudah meluaskan bidang mereka dalam sukan polo, futsal, tinju dan hoki ais. Jadi ini adalah projek yang sangat mengujakan daripada TMJ dan juga JDT.
Dalam kenyataan rasmi menerusi JST sebentar tadi berbunyi: “Jenama Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menceburi sukan perlumbaan motosikal bersama pelumba terkenal Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah mulai 2024. JDT Racing Team akan bermula di pertandingan Asia Road Racing Championship dengan hasrat untuk bersaing dalam pertandingan Superbike World Championship kelak.”
“Jenama JDT telah pun menceburi bidang futsal, polo, tinju dan hoki ais, dan usaha terbaharu ini disasarkan akan mengembangkan lagi jenama JDT kepada khalayak global dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa. Luaskan Kuasamu Johor.”
Nampaknya TMJ benar benar tidak pernah berhenti dalam usahanya meluaskan lagi jenama JDT. Satu usaha yang sangat hebat dan semoga berjaya.