Jurulatih Cameroon yang juga legenda mereka, Rigobert Song sebelum ini menyisihkan Michael Ngadeu Ngadjui kerana pemain itu suka bermain dengan sistem yang berasaskan high line.
Kini seorang lagi pemain menjadi mangsa kepada pemecatan peranan dalam pasukan iaitu Andre Onana. Bekas penjaga gol Ajax itu dikenali dengan gaya permainan ball playing keeper.
Song meminta Onana untuk bermain sistem penjaga gol klasik. Dan pemain itu menyatakan dia tidak akan menukar cara permainannya.
Song yang bengang telah memancung nama Onana daripada pasukan utama.
Penjaga gol Inter Milan itu dilaporkan telah dibuang daripada skuad Cameroon kerana tidak menghormati kehendak pengurusnya.
Fabrizio Romano dalam laporannya berkata: “Andre Onana telah dibuang daripada skuad Cameroon.”
“Saya diberitahu, alasannya adalah kerana perbincangan dengan ketua jurulatih yang mahukan corak permainan berbeza dengan penjaga gol tradisional.”
“Onana tidak mahu menukar cara permainannya. Situasi menjadi tegang dan dia telah disingkirkan.”
André Onana has been removed from Cameroon’s squad. Been told that the reason is a discussion with head coach as he insisted for different style of goalkeeping, more ‘traditional’ 🇨🇲 #Qatar2022
Onana has no intention to change his style — tense situation & so he’s been excluded. pic.twitter.com/UuoFp3WdLz
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 28, 2022
Peminat berbelah bagi tentang situasi ini. Ada yang berpendapat, Onana harus berpegang kepada prinsip asas iatu bermain mengikut kemahuan jurulatih.
Namun ada juga yang mengkritik Song sebagai terlalu berada di takuk lama dan tidak tahu cara menggunakan penjaga gol dengan gaya permainan moden yang sebenarnya boleh memberikan manfaat kepada pasukan.
Selain itu ada peminat merasakan Song baru sahaja membuang pemain terbaik di dalam pasukannya pada masa ini.
@raymondtatani all going wrong g, how's man sending away your best player 🤣😭😭😭
— TP (@ThomasPhelan17) November 28, 2022
Nama Onana melonjak naik ketika bersama Ajax. Namun dia digantung agak lama daripada bola sepak kerana isu barang terlarang dalam badannya.
Dia menyatakan barang terlarang itu wujud kerana ubatan yang diberikan isterinya kepadanya. Dia kembali semula ke pentas bola sepak dan menyetai Inter Milan.
Cameroon di ambang penyingkiran Piala Dunia 2022. Mereka akan berdepan dengan Serbia pada hari ini. Sebelum ini mereka kalah tipis kepada Switzerland.
Lawan terakhir mereka adalah Brazil.
Dengan krisis di bilik persalinan yang melanda melibatkan penjaga gol utama mereka, ramai peminat risau pasukan mereka akan bungkus awal.
Samuel Etoo antara individu yang meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada Cameroon. Dia dengan yakin meramalkan bahawa akhirnya Cameroon akan menjadi negara Afrika pertama memenangi Piala Dunia.
Etoo merasakan Cameroon akan menjulang Piala Dunia 2022 dengan menewaskan Maghribi di pentas final.