TERKINI: Juve Dipotong 10 Mata Dan Terkeluar Daripada Slot UCL

Beberapa minggu lalu, Juventus meraikan kejayaan mereka mencabar keputusan mahkamah apabila mahkamah rayuan membatalkan hukuman pemotongan 15 mata ke atas mereka.

FIGC sebelum itu meminta pemotongan 9 mata, tetapi mahkamah memberikan hukuman berat.

Pada bulan April, mahkamah sukan tertinggi Itali, Lembaga Jaminan Sukan, membatalkan penalti 15 mata Juve yang dikenakan oleh mahkamah rayuan FIGC dan menghantar kes itu untuk penghakiman baharu.

Mereka meminta mahkamah rayuan menyemak semula hukuman yang dijatuhkan kepada kelab dan beberapa tokoh penting, termasuk bekas naib pengerusi Pavel Nedved.

Bagaimanapun, larangan berpanjangan diberikan kepada bekas pengerusi Andrea Agnelli, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maurizio Arrivabene dan pengarah sukan Federico Cherubini dan Fabio Paratici dikekalkan.

Tetapi harapan Juventus bahawa potongan mata akan dibatalkan sepenuhnya telah dibatalkan beberapa minggu kemudian.

Namun sekarang, situasinya berubah lagi. Apabila satu lagi hukuman baharu diumumkan oleh mahkamah rayuan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC).

Di mana kelab itu dipotong 10 mata berbanding 11 mata yang diminta oleh FIGC pada awalnya.

Hukuman terbaru ini menjejaskan harapan Juventus untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Di mana mereka terkeluar daripada empat teratas dengan baki tiga perlawanan musim ini.

Anak-anak buah Massimiliano Allegri, yang menduduki tempat kedua dalam liga utama ketika mereka dikembalikan 15 mata. Dan kini, hanya beberpa hari selepas mereka disingkirkan Sevilla daripada UEL, mereka jatuh ke tempat ketujuh dalam carta.

Pada hari yang sama mereka kalah 4-1 di tengan Empoli.

Ianya benar benar hari yang sukar kepada Juve.

Juve kini ketinggalan lima mata di belakang AC Milan yang berada di tangga keempat menjelang perlawanan mereka selepas ini.

Kelab Itali juga terlibat dalam prosiding jenayah berhubung amalan perakaunan mereka dengan 12 tokoh utama kelab semasa dan bekas termasuk Agnelli berpotensi menghadapi perbicaraan.

Menurut agensi berita Itali, perbicaraan mahkamah tinggi pada 26 Oktober akan memutuskan sama ada sebarang perbicaraan akhirnya akan diadakan di Turin, tempat penyiasatan telah berlaku, atau sama ada di Milan atau Rom.

Kisah bagaimana Juve boleh dipotong mata

Juventus dilaporkan telah memalsukan angka perpindahan sebenar pemain dan juga gaji beberapa pemain.

Ini untuk mengaburi pihak berkuasa dan FIGC agar mereka tidak kantoi ada masalah pada kewangan kelab.

Juventus menanggung kesan dari segi bil gaji pemain yang melambung tinggi. Sedangkan nilai komersial Liga Itali tidak sebesar di EPL sekalipun.

Beberapa pemain senior Juventus seperti Chiellini menyatakan bahawa, pembelian Ronaldo telah membuatkan kelab lari daripada hala tuju mereka. Meninggalkan falsafah bola sepak dan pemain seperti Dybala terkena impak daripada perkara itu.

Ronaldo terpaksa dijual ke Manchester United.

AFP melaporkan bahawa Juventus telah membuatkan nilai pasaran perpindahan pemain di Serie A melambung tinggi ataupun berdepan inflasi.

Juventus kemudian merayu para pemain mereka agar menerima pemotongan gaji ketika pandemik. Dan mereka mengumumkan kelab berjaya menjimatkan €90 juta daripada persetujuan dengan pemain untuk pemotongan dan penangguhan gaji pada Mac sehingga Jun 2020.

Namun pendakwaraya menyatakan angka itu tidak tepat. Mereka cuma mampu menjimatkan €22 juta sahaja daripada langkah itu. Sekaligus dakwaan dikenakan ke atas Juventus sebagai mengemukakan laporan kewangan palsu.

Beberapa bulan lalu, ejen kepada Cristiano Ronaldo mendesak Juventus menyelesaikan tunggakan gaji pemain itu walaupun dia sudah bertahun tahun meninggalkan Juventus.

Keputusan penghakiman ini lebih berat daripada hukuman yang dicadangkan oleh pihak pendakwaraya sebelum ini yang meminta hukuman potong 9 mata.

Dengan 20 perlawanan lagi berbaki musim ini, Juventus yang sepatutnya berada di tangga ketiga, 10 mata di belakang pasukan pendahulu liga Napoli.

Dengan penolakan 15 mata ini Juventus kini di tangga ke-10 di luar slot Eropah, ataupun di luar slot Piala Konfederasi Eropah.

Dalam kenyataan yang sama mahkamah mendedahkan bahawa 11 orang lembaga pengarah terdiri daripada ahli lembaga pengarah sebelum ini dan yang ada ketika ini turut dikenakan penggantungan daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 24 bulan.

Ini termasuk Andrea Agnelli yang merupakan ketua pengarah. Agnelli sebelum ini telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi kelab pada November 2022.

Hukuman lebih berat dikenakan ke atas bekas pengarah sukan Juventus, Fabio Paratici yang kini menjadi pengarah sukan di Tottenham. Paratici digantung 30 bulan.

Juventus bertekad akan melakukan rayuan dan membantah keputusan mahkamah. Dalam kenyataan rasmi Juve berkata:

“Kami menganggap ini satu ketidakadilan kepada kelab dan jutaan peminat Juventus. Di mana kami percaya keputusan ini akan diperbaiki pada sidang mahkamah seterusnya.”

Juventus antara kelab yang terus kekal dengan pendirian untuk menubuhkan Liga Super Eropah. Langkah penting dalam usaha kelab mahu mengatasi masalah kewangan mereka.

Baca yang lain