TERKINI: Juventus Hampir Capai Kesepakatan Dengan Donnarumma, Raiola Minta EUR10 Juta Setahun

Juventus sekali lagi memburu tandatangan Zizan Razak Itali iaitu Gianluigi Donnarumma. Sebelum ini mereka pernah melakukannya, namun pemain itu memutuskan untuk terus kekal dengan Milan dengan syarat abang dia turut diberikan kontrak oleh Milan.

Penyokong Milan malah melemparkan wang palsu ke arah Donnarumma ketika itu tanda protes kepada Donnarumma yang dilaporkan tertarik ke Juve kerana wang.

Raiola baru baru ini menyatakan bahawa tiada perkembangan terkini tentang kontrak Donnarumma dan Milan. Membayangkan bahawa pemain itu akan meninggalkan AC Milan pada musim hadapan.

Juventus yang sudah memiliki Wojciech Szczesny dan Gianluigi Buffon masih mahu mendapatkan Donnarumma. Ianya petanda bahawa Szczesny mungkin akan menjadi penjaga gol simpanan ataupun mencari kelab baharu. Dikatakan bekas penjaga gol Arsenal itu akan tersedia untuk dibida mana mana kelab jika Donnarumma ke Juventus.

Donnarumma merupakan penjaga gol muda paling berbakat di Itali hari ini. Dia merupakan penjaga gol utama Itali selepas persaraan Buffon. Dan sudah menjadi penjaga gol utama AC Milan sejak 2015/16 hingga sekarang.

Kontrak semasa Donnarumma akan berakhir pada Jun tahun hadapan. Jika Milan tidak menjual pemain itu pada perpindahan kali ini, beliau akan menjadi ejen bebas, dan boleh ditandatangani mana mana kelab secara percuma.

Milan masih berusaha meyakinkan penjaga gawang untuk menandatangani kontrak barunya dengan gaji EUR8 juta setahun selepas Donnarumma menolak tawaran lebih rendah dan mahukan EUR8.5 juta.

Namun, menurut beberapa laporan, Donnarumma kini mahukan gaji EUR10 juta setahun. Ianya dianggap di luar kemampuan AC Milan berdasarkan situasi kewangan semasa kelab.

Raiola meminta jumlah tersebut dari Juventus dan yakin akan mencapai persetujuan.

Milan nak lepas?

Sekiranya Milan tidak mencapai persetujuan kontrak dengan segera bersaman Donnarumma, Milan harus menyerah kalah dan terpaksa membiarkan Donnarumma untuk bergabung dengan kelab lain termasuk pesaingnya di Itali.

Milan sudah menghubungi beberapa calon penjaga gol untuk dibawa masuk. Dan ia isyarat jelas pasukan encik Jimie itu sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Antaranya ialah penjaga gol Lille iaitu Mike Maignan.

Setakat ini, Juventus dikatakan sebagai kelab paling di hadapan dalam pesaingan untuk pemain berusia 22 tahun itu. Chelsea sebelum ini turut dikaitkan, namun Tuchel sudah semakin yakin dengan Edouard Mendy. Ia tidak bererti Chelsea menarik diri jika ada peluang.

Ini kerana Donnarumma merupakan penjaga gol elit.

Massimiliano Nerozzi dari Corriere Torino melaporkan bahawa kedua-dua pihak telah bertemu secara bersemuka untuk membincangkan rancangan masa depan. Laporan yang sama menyebut kedua dua pihak sudah mencapai kesepakatan.

Donnarumma dianggap calon terbaik menggantikan Buffon dan dijangka boleh bertahan malar segar seperti penjaga gol legenda itu untuk tempoh yang lama.