TERKINI: Juventus Mahukan Conte Ganti Allegri

Juventus dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memecat Massimiliano Allegri dan telah mula menghubungi Antonio Conte.

Gergasi Liga Itali, Juventus, menunjukkan prestasi buruk pada permulaan musim ini. Mereka mendapat tekanan yang kuat daripada pelbagai pihak terutama sekali peminat mereka.

Daripada 8 perlawanan Liga Itali setakat ini, Juventus hanya memenangi 2 kemenangan dan selebihnya berakhir dengan kekalahan.

Sementara itu, dalam Liga Juara-Juara 2022-2023, I Bianconeri mengalami kekalahan berturut-turut daripada dua perlawanan.

Juventus mengalami dua kekalahan dalam Liga Juara-Juara 2022-2023 menentang Paris Saint-Germain dan Benfica dalam Kumpulan H.

Keadaan ini membuatkan jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri hampir dipecat.

Beberapa ahli lembaga pengarah sudah mendesak agar kelab memecat Allegri. Namun Calciomercato melaporkan bahawa itu ditentang Agnelli.

Di mana Agnelli menjadikan alasan, Juventus ada projek yang mengujakan dalam beberapa tahun ini yang akan dipimpin oleh Allegri.

Tetapi peminat Juventus pula berpendapat, Agnelli takut memecat Allegri kerana pampasan pemecatan yang sangat tinggi.

BACA JUGA:

Ultras Juventus: ‘Bonucci Takkan Pernah Layak Jadi Pemimpin, Pasukan Ini Lemah Dan Memalukan’

Gagal Capai KPI, Pemain Juventus Tebalkan Muka Hadap Ejekan Ultras

Gazetta Dello Sport menganggarkan Juve perlu membayar sekitar EUR25 juta jika memecat Allegri yang dibayar kontrak EUR9 juta setahun.

Situasi kewangan Juventus kini tidak begitu baik sama seperti mana pasukan pasukan di Itali yang lain.

Ada juga teori menyatakan bahawa Allegri seolah olah minta dipecat kerana sudah hilang kawalan di bilik persalinan Juventus.

Allegri pastinya enggan melepaskan jawatannya begitu sahaja.

“Saya tidak merasakan pekerjaan saya di sini dalam bahaya,” kata Massimiliano Allegri.

“Adalah perkara biasa untuk mempunyai detik-detik ini dalam bola sepak.”

“Kami perlu bekerja keras dan mengubah keadaan,” tambah Allegri.

Namun dalam beberapa hari ini, pendirian Juventus dikatakan agak berubah. Mereka mulai mempertimbangkan untuk memecat Allegri.

Salah seorang calon yang mereka mahukan adalah pengurus Tottenham Hotspur iaitu Antonio Conte.

Conte memiliki sejarah yang unik bersama Juventus. Menjadi pengurus yang menguruskan Juventus dari 2011 hingga 2014.

Dalam tempoh itu, Conte berjaya membawa Juventus ke juara Liga Itali sebanyak tiga kali.  Menjadi pencetus kepada kebangkitan Juventus selepas era calciopoli.

Conte ketika ini kelihatan baik baik sahaja di Spurs.

Namun Juventus yakin akan dapat memujuk pengurus itu untuk pulang semula ke Turin.

Selain Conte, dua nama lain yang dikaitkan dengan Juventus ialah Thomas Tuchel dan Zinedine Zidane.

Namun pastinya Juve sedar bahawa, tiada jalan mudah untuk mereka mendapatkan semula Conte yang sudah mendapatkan bintang bintang yang dia mahukan di Spurs dalam usaha dia mahu membantu kelab itu menamatkan kemarau trofi.