Inter Milan dilaporkan sudah berputus asa dalam rundingan mendapatkan Romelu Lukaku dan memutuskan untuk menarik diri.
Inter sebelum ini benar benar berminat untuk menandatangani Romelu Lukaku secara tetap. Namun bergelut untuk memenuhi tanda harga diletakkan oleh Chelsea yang mahukan sekitar EUR45 juta untuk pemain antarabangsa Belgium itu.
Namun Chelsea sedia mempertimbangkan tawaran EUR40 juta untuk pemain itu. Sebelum ini Lukaku menolak untuk menyertai pasukan seperti AC Milan kerana setianya kepada Inter Milan.
Inter menawarkan EUR30 juta sebelum ini ditolak oleh Chelsea kerana terlalu rendah. Chelsea juga menolak sebarang usaha untuk mendapatkan Lukaku secara pinjaman sekali lagi.
Inter bagaimanapun tetap komited mahu mencari dana tambahan untuk membeli Romelu Lukaku. Dengan pemain itu sudah menolak tawaran daripada Arab Saudi kerana mahu menyertai Inter.
Lukaku menganggap Inter sebagai rumahnya, dan dia disayangi peminat di Inter selepas membantu kelab itu menjuarai Serie A beberapa musim lalu.
Lukaku malah sudah berjumpa dan bercakap dengan pemilik Chelsea bahawa dia tidak akan bermain untuk kelab itu lagi. Pochettino setuju untuk tidak menyertakan Lukaku dalam sebarang aktiviti pra musim kelab itu.
Tetapi kini, Inter sudah memutuskan untuk menarik diri. Fabrizio Romano menyatakan bahawa Inter akan memaklumkan perkara itu kepada Chelsea.
Lukaku Kantoi Deal Dengan Juve
Inter kecewa dengan sikap Lukaku yang cuba menikam mereka dari belakang apabila turut mengadakan rundingan dengan Juventus ketika Inter berusaha untuk mendapatkannya secara tetap.
Inter have decided to leave negotiations for Romelu Lukaku. Deal OFF. 🚨🔵⛔️
Chelsea to be informed soon.
Inter are furious after being informed of talks between Lukaku and Juventus.
Juve and Saudi remain as options for Lukaku now.
Juve can only proceed if they sell Vlahović. pic.twitter.com/FJ5Bg2G77O
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 15, 2023
Kedudukan Lukaku di Chelsea tidak berubah, Pochettino tidak pernah berbincang dengan pemain itu dan menganggap dia memang tidak ada dalam projek musim baharu.
Chelsea masih berusaha menjual pemain itu dengan tanda harga EUR40 juta.
Lukaku kini ada opsyen sama ada untuk menyertai Liga Arab Saudi atau Juventus.
Juventus pula sedia mendapatkan Lukaku dengan syarat mereka melepaskan Dusan Vlahovic dalam jendela perpindahan kali ini.
Vlahovic mahu dilepaskan oleh Juventus dalam usaha mereka mengurangkan beban bil gaji pemain di kelab itu. Dengan Max Allegri tidak banyak menggunakan pemain itu sebagai pemain utama musim lalu.