TERKINI: Kedai Gunting Dibenarkan Beroperasi Ketika PKP, Ini Senarai Penuhnya

Ramai juga yang meluahkan rasa rimas dan tak selesa ketika PKP ini kerana rambut yang semakin panjang terutama sekali lelaki.

Tom Hanks GIF - Find & Share on GIPHY

Namun ada berita baik untuk korang. Kedai gunting rambut antara 9 sektor ekonomi tambahan dibenarkan untuk beroperasi pada PKP di bahawa syarat ketat – social distancing.

Selain daripada kedai gunting, kedai perkakasan, dan elektronik juga mulai dibenarkan beroperasi.

Pegumuman tentang perkara itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa sektor terpilih dibenarkan beroperasi secara berfasa.

Namun mereka perlu memastikan ianya beroperasi di bawah garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan pergerakan ketat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali mendedahkan sektor yang dibenarkan beroperasi dengan sesetengahnya hanya boleh menawarkan perkhidmatan terhad.

Bagi salun dan kedai gunting rambut, katanya, peniaga hanya boleh menawarkan perkhidmatan menggunting rambut kepada para pelanggan.

Bagi sektor runcit, kedai perkakasan, barangan elektrik dan elektronik serta cermin mata dibenarkan untuk beroperasi.

Tetapi untuk perkhidmatan dobi, hanya dobi penuh sahaja boleh beroperasi dan bukannya dobi layan diri.

Berikut adalah 9 sektor yang dibenarkan boroperasi dengan syarat ketat PKP:

1. Industri Aeroangkasa

2. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

3. Industri Mesin dan peralatan

4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli:

  • (i)Projek di mana Kontraktor G1–G2 sebagai kontraktor utama
  • (ii) Projek yang telah disahkan mencapai kemajuan fizikal 90% ke atas
  • (iii) Kerja-kerja terowong
  • (iv) Kerja-kerja penyelenggaraan
  • (v) Kerja-kerja cerun
  • (vi) Kerja-kerja kecemasan yang termaktub dalam perjanjian kontrak
  • (vii) Kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air bertakung, penyemburan racun serangga di tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes dan lain-lain haiwan perosak
  • (viii) Kerja-kerja lain yang jika tidak disempurnakan boleh mendatangkan bahaya
  • (ix) Projek bangunan dengan 70 IBS score ke atas
  • (x) Projek pembinaan dengan fasiliti/ kemudahan tempat tinggal untuk pekerja seperti Kuarters Pekerja Berpusat atau kem pekerja

5. Perkhidmatan sains, profesional dan teknikal termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) (hanya terhad kepada: – perkhidmatan berkaitan guaman; – aktiviti-aktviti R&D berkaitan COVID19; – makmal-makmal ujian (Lab testings) bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi sahaja; dan – perkhidmatan berkaitan minyak & gas.

6. Perkhidmatan kesihatan sosial termasuk perubatan tradisional yang berdaftar (hanya terhad kepada registered Traditional and Complementary Medicine or TCM practitioners)

7. Perkhidmatan kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik dan kedai cermin mata sahaja dalam pemborongan dan peruncitan.

8. Perkhidmatan gunting rambut asas (gunting sahaja).

9. Perkhidmatan dobi (full service dan bukan layan diri)

Mustahak untuk syarikat di dalam sektor tambahan yang disenaraikan perlu membuat permohonan untuk beroperasi kepada MITI.

Permohonan tersebut boleh mulai dibuat bermula Isnin depan. Kesemua permohonan mestilah dibuat secara atas talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my dan permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja akan diproses.

Baca yang lain