TERKINI: Kehebatan Erling Haaland Dapat Pengiktirafan Pemain Terbaik Mingguan UCL

Bintang remaja sensasi, Erling Braut Haaland telah dipilih sebagai pemain terbaik Liga Juara Juara Eropah.

Aksi cemerlang Haaland ketika membantu Borussia Dortmund menewaskan PSG di Signal Iduna Park dalam pusingan 16 akhir – firat leg.

Erling Braut Haaland meneruskan rekod cemerlang beliau dalam kariernya musim ini. Kali ini Haaland cemerlang menjaringkan dua gol ke atas PSG dalam kemenangan bergaya 2-1 Borussia Dortmund. Menafikan usaha PSG untuk cuba bangkit dalam perlawanan ini.

Erling Haaland telah menikmati permulaan yang luar biasa dalam kerjayanya sebagai pesepak bola putra Borussia Dortmund selepas perpindahannya dari Red Bull Salzburg Januari lalu. Ya gitu.

Haaland menjaringkan gol pembukaan ke atas PSG. Namun gol itu dibalas oleh Neymar.

Tak lama selepas itu Haaland menjaringkan gol kedua yang juga merupakan gol kemenangan untuk Borussia Dortmund.

Haaland terus mengganas

Sebelum pertembungan Liga Juara-Juara Eropah di antara Dortmund dan Paris Saint-Germain di Westfalenstadion, pemain antarabangsa Norway itu telah menjaringkan sembilan gol dalam enam penampilan pertamanya.

Beliau memberikan pengenalan kepada penampilan pertamanya di Jerman dengan hatrik yang menakjubkan dalam masa 23 minit hari tu.

Ianya diikuti kejayaan Erling Braut Haaland menjaringkan dua gol lagi dalam penampilan kedua.

Pemain berusia 19 tahun, dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Namun beliau telah memilih Dortmund. Erling Haaland kelihatannya, mempunyai segala aset yang diperlukan untuk menjadi penyerang terbaik dunia pada suatu hari nanti.

Beliau pemain yang sangat power, sangat direct dan boleh menyempurnakan gol dengan kedua dua kakinyam sama. Haaland juga memiliki ketenangan bak ais batu.

Haaland juga seorang remaja lepasan STPM yang pantas, walaupun hakikatnya beliau berketinggian 6 kaki 4 inci.

Pecutan kelas dunia

Terdapat satu momen di separuh pertama di mana Haaland berlari dari kawasan defensive third ke final third dalam masa 10 saat. Gila babi wei! Dah macam pelesit.

Menurut Sky Italia, Haaland melakukan pecutan jarak 60 meter dalam masa 6.64s saat. Rekod dunia untuk acara lari pecut 60 meter adalah mliki pelari AS, Christian Coleman dengan 6.34s.

Selain daripada kemampuan berlari selaju itu, anak muda Norway itu juga berjaya menyamai rekod legenda seperti Just Fontaine dan beberapa nama besar yang lain untuk mencetak 10 gol dan ke atas dalam penampilan pertama di UCL.

Haaland memang penyerang yang menjadi sasaran banyak kelab sebelum ini. Ini kerana kualiti yang ada padanya. Ditambah lagi dengan usia beliau yang sangat muda.

Namun beliau memutuskan untuk menyertai Borussia Dortmund yang dilihatnya kelab terbaik untuk pembangunan kariernya.

Haaland melengkapkan perpindahan bernilai €23 juta ke kelab Jerman itu.Beliau terus mendapat tempat dalam pasukan utama Borussia Dortmund sejak menyertai mereka.

Tahniah kepada Erling Haaland kerana memenangi pengiktirafan daripada UEFA pada minggu ini.

Baca yang lain