TERKINI: Kerajaan UK Bekukan Chelsea, Abramovich Tak Boleh Jual Semua Asetnya

Sebelum ini Roman Abramovich mengumumkan bahawa dia mahu menjual Chelsea. Langkah yang dianggapnya sebagai langkah terbaik untuk kelab terutama sekali untuk para penyokong.

Roman Abramovich kemudian menegaskan bahawa beliau akan ‘menghalalkan’ hutang Chelsea secara peribadi dengan beliau. Di mana Chelsea dilaporkan berhutang £1.5 billion dengan Roman Abramovich,

Ini adalah atas dasar cintanya kepada kelab, dan tidak mahu ia akan menjadi beban kepada Chelsea di masa akan datang serta menyukarkan pemilik baharu.

Bukan itu sahaja, Abramovich yang sebelum ini menafikan dia menyokong perang di Rusia telah berjanji bahawa hasil daripada penjualan kelab akan diagihkan sepenuhnya kepada mangsa perang di Ukraine termasuk menyokong pemulihan pada masa panjang menerusi Yayasan Chelsea yang berkebajikan.

Dalam kenyataan rasminya, Abramovich berkata:

Saya ingin menangani spekulasi di media sejak beberapa hari lalu berhubung pemilikan saya terhadap Chelsea FC. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya sentiasa mengambil keputusan dengan mengutamakan kepentingan kelab. Dalam situasi semasa, saya telah mengambil keputusan untuk menjual kelab, kerana saya percaya ini adalah demi kepentingan kelab, peminat, pekerja, serta penaja dan rakan kongsi kelab.

Penjualan kelab tidak akan serta merta tetapi akan mengikut proses yang sewajarnya. Saya tidak akan meminta sebarang pinjaman dibayar balik. Ini tidak pernah mengenai perniagaan atau wang untuk saya, tetapi mengenai semangat murni untuk permainan dan kelab.

Selain itu, saya telah mengarahkan pasukan saya untuk menubuhkan yayasan amal di mana semua hasil bersih daripada jualan kelab ini akan didermakan. Yayasan itu akan menjadi untuk manfaat semua mangsa perang di Ukraine. Ini termasuk menyediakan dana kritikal untuk keperluan mendesak dan segera mangsa, serta menyokong kerja pemulihan jangka panjang.

Harap maklum bahawa ini adalah keputusan yang sangat sukar untuk dibuat, dan saya menyakitkan untuk berpisah dengan kelab dengan cara ini. Bagaimanapun, saya percaya ini adalah demi kepentingan terbaik kelab.

Saya berharap saya akan dapat melawat Stamford Bridge buat kali terakhir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua secara peribadi. Menjadi sebahagian daripada Chelsea FC merupakan satu keistimewaan seumur hidup dan saya berbangga dengan semua pencapaian bersama kami. Kelab Bola Sepak Chelsea dan penyokongnya akan sentiasa berada di hati saya.

Terima kasih.

Abramovich kemudian sudah memaklumkan tentang penjualan tersebut kepada beberapa pembida. Dan mahu menyegerakan proses penjualan kelab kerana Chelsea antara aset Abramovich yang berisiko untuk dibekukan selain daripada rumah mewah dan beberapa aset yang lain.

Namun usaha untuk menjual Chelsea kini terhalang buat masa ini. Ianya selepas kerajaan UK memutuskan untuk mengenakan sekatan kepada oligarki Rusia itu yang dikaitkan dengan sokongannya ke atas Vladimir Putin.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menjadi antara faktor kepada tindakan kerajaan UK yang sebelum ini sudah lama menyiasat tentang salah laku Abramovich yang dikaitkan dengan korupsi dan dikatakan merupakan salah seorang golongan oligarki Kremlin. Mereka dikaitkan sebagai golongan kaya raya yang menyokong Vladimir Putin dalam banyak perkara termasuk pencerobohan ke atas Ukraine.

Aset Abramovich dibekukan

Kerajaan UK melabel tindakan Rusia itu sebagai menceroboh, mengancam intergriti melangkaui sempadan negara merdeka Ukraine.

Vladimir Putin dan Roman Abramovich dikatakan sangat rapat selama berdekad lamanya. Malah syarikat Abramovich antara syarikat yang terlibat dalam membantu dalam menyediakan kelengkapan ketenteraan yang digunakan dalam serangan kali ini.

Kenyataan rasmi kerajaan UK bagaimanapun menyatakan bahawa, Chelsea akan diberikan kelonggaran khas untuk terus beroperasi sebagai sebuah kelab bola sepak.

Namun Chelsea dilarang sama sekali untuk menjual lagi tiket perlawanan ataupun pas bermusim kepada penyokong mahupun jualan cendera mata.

Bukan itu sahaja, dalam tempoh dianya dibekukan, Chelsea dilarang untuk memberikan kontrak baharu kepada para pemain serta tidak boleh membeli pemain baharu.

Kenyataan UK berkata: “Persatuan ini turutu mendapatkan manfaat kewangan atau faedah material lain daripada Putin dan Kerajaan Rusia. Ini termasuk pelepasan cukai yang diterima oleh syarikat yang dikaitkan dengan Abramovich, membeli dan menjual saham dari dan ke negeri pada kadar khas, dan kontrak yang diterima menjelang Piala Dunia 2018.”

“Oleh itu, Abramovich telah menerima layanan berbentuk keutamaan dan konsesi daripada Putin dan kerajaan Rusia.”

Roman Abramovich sudah berkali kali menafikan kaitannya dengan tuduhan yang mengaitkannya menyokong peperangan di Ukraine. Dia malah sedia mendermakan kesemua hasil jualan Chelsea untuk pemulihan selepas perang di Ukraine. Dengan menjangkakan bahawa dia akan menerima lebih GBP3 billion daripada penjualan The Blues.

Bagaimana isu mulai panas

Isu tentang status Abramovich di UK mulai panas ketika Ahli Parlimen dari Parti Buruh Britain menggesa agar Roman Abramovich dilucutkan haknya sebagai pemilik pasukan Chelsea dan dilarang untuk berada di England secara tetap.

Roman Abramovich merupakan rakyat Rusia yang menukar kewarganegaraannya kepada Israel beberapa tahun lalu. Ini kerana dasar kerajaan UK yang sangat ketat kepada rakyat Rusia yang mahu menetap di negara mereka.

Dalam sesi pembentangan hujahnya di Parlimen, MP Chris Bryant menunjukkan dokumen bocor tentang penglibatan Roman Abramovich secara langsung menjadi penyokong kuat Putin bersama sama dengan 35 lagi taikun perniagaan Rusia.

Dokumen itu dibocorkan oleh ketua pembangkang Rusia iaitu Alexei Navalny yang menganggap mereka sebagai puak kleptokrasi dan penyokong kuat Vladimir Putin.

Chris Bryant menyatakan bahawa, dokumen dokumen yang ada seharusnya membuatkan Parlimen tidak berlengah lagi untuk terus melarang Abramovich berada di negara tersebut termasuk melucutkan haknya sebagai pemilik pasukan Chelsea.

Bryant mempersoalkan, kenapa tiada tindakan diambil ke atas Roman Abramovich walaupun dokumen itu sudah beredar sejak 2019 lagi.

Bryant yang merupakan ahli Parlimen Rhonda dan bekas Menteri, berkata: “Saya ada memegang dokumen yang tertiris dari 2019 dari Pejabat Kementerian Dalam Negeri yang berkaitan dengan Encik Abramovich – Dia adalah sebahagian daripada unit HMG milik Rusia yang menyusun strategi mensasarkan kegiatan kewangan terlarang dan aktiviti jahat. Abramovich kekal berminat dengan HMG kerana hubungannya dengan negara Rusia dan kaitannya dengan pertubuhan awam yang korup.”

“Sebagai contoh, ini adalah Abramovich mengakui di prosiding mahkamah bahawa dia membayar untuk pengaruh politik.”

“Selain itu, HMG memfokuskan kepada untuk memastikan individu yang tersabit dengan aktiviti wang kotor dan aktiviti jahat yang tida boleh tinggal di UK, akan menggunakan beberapa kaedah relevan termasuk kuasa imigresen untuk mengatasi perkara ini.”

“Ini hampir 3 tahun yang lalu, dan masih lagi, sangat sedikit tindakan yang kita ambil berkaitan perkara ini.”

“Sudah tentu Mr Abramovich, sepatutnya dia tidak boleh memiliki kelab bola sepak di negara ini lag. Pastinya kita harus menyita beberapa asetnya termasuk rumah bernilai £152 juta, dan memastikan orang yang memegang visa Tier 1 seperti ini tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jahat.”