TERKINI: Kes Discaj Melebihi Kes Baharu, Graf Kumulatif Mendatar, Zon Hijau Bertambah

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memberikan kemaskini situasi semasa berkaitan dengan cov19.

Terdapat beberapa perkembangan positif daripada kemaskini terbaru ini.

Discaj melebihi kes baharu

KKM melaporkan bahawa ada terdapat 103 kes yang telah discaj pada hari ini sebaik sahaja pesakit sembuh sepenuhnya.

Perkara ini telag menjadikan keseluruhan jumlah yang telah sembuh dan discaj 3,452 atau 62.4% daripada keseluruhan kes.

Seterusnya, KKM juga menyatakan bahawa trend cov19 di Malaysia menunjukkan kumulatif kes mendatar. Ini termasuk kes discaj yang berjaya melebihi kes baharu harian.

Lantas KKM meminta agar semua pihak terus mengekalkan momentum ini perlu diteruskan dengan terus mematuhi PKP.

Pastikan korang terus kekal di rumah dan hanya keluar apabila ada keperluan sahaja.

Elakkan berhimpun dan ikuti garis panduan oleh kerajaan sepanjang PKP dan PKPD.

KKM juga mengesahkan bahawa, dalam tempoh 24 jam, hanya satu kematian dicatatkan. Menjadikan angka kematian secara kesluruhan ketika ini sebanyak 93.

Berikut adalah Status terkini kawasan PKPD sehingga 12pm, 22 April.

Zon Hijau terus meningkat

Jumlah bilangan daerah Malaysia yang menjadi zon hijau – atau tanpa kes Covid-19 yang aktif pada ketika ini – telah meningkat lagi.

Sehingga hari ini, terdapat 64 daerah, termasuk keseluruhan negeri Perlis disahkan zon hijau oleh KKM.

Dalam angka Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan hari ini, peningkatan zon hijau baru untuk Covid-19 di Malaysia pada 21 April (semalam) merangkumi lapan daerah di enam negeri Perak, Negri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Sabah.

Dua jenis zon hijau

Peta harian Kementerian Kesihatan di seluruh negara menyenaraikan jumlah kes Covid-19 di setiap daerah untuk dua kategori: jumlah kes kumulatif atau kes terkumpul setakat ini, dan juga kes aktif untuk hari ini.

Berdasarkan definisi Kementerian Kesihatan, jumlah kes aktif dapat dicapai dengan mengurangkan kematian dan pemulihan dari jumlah keseluruhan kes kumulatif.

Kod warna yang sama digunakan untuk kedua-dua kategori kes kumulatif dan kes aktif, iaitu:

  • zon hijau (tidak ada kes Covid-19)
  • zon kuning (1-20 kes)
  • zon oren (21-40 kes) ; dan kategori yang paling teruk
  • zon merah (41 kes dan ke atas).

Ini bermaksud, ada beberapa daerah yang merupakan zon kuning, oren atau merah dari segi jumlah kes kumulatif, berpotensi menjadi zon hijau.

Dengan syarat, jika jumlah kes Covid-19 yang aktif turun menjadi sifar ketika pesakit di sana pulih.

Zon hijau baru

Seluruh negeri Perlis adalah yang kedua paling sedikit terjejas di antara semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Perlis hanya mencatatkan 18 kes Covid-19 setakat ini.

Perlis, yang juga merupakan daerah yang dipantau sendiri oleh Kementerian Kesihatan, menjadi zon hijau pada 21 April ketika mencatatkan kes aktif sifar – selepas turun daripada empat kes aktif pada 20 April.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan pada 21 April tengah hari, daerah-daerah lain yang kini baru dimasukkan ke dalam senarai zon hijau dengan kes sifar aktif adalah empat daerah di:

  • Pahang (Bera, Tanah Tinggi Cameron, Temerloh, Rompin)
  • Perak (Manjung)
  • Negeri Sembilan (Jempol)
  • Kelantan (Pasir Mas)
  • Sabah (Tambunan).

Ini disebabkan jumlah kes aktif di daerah-daerah ini menurun menjadi sifar pada 21 April.

Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan mereka yang mulai masuk bekerja untuk mengelakkan 3C.

Ini kerana beberapa sektor telah pun mulai membuka operasinya atas dengan syarat ketat dan kebenaran oleh kerajaan.

Berikut adalah 3C yang harus dielakkan:

1. Crowded places / tempat sesak

2. Confined spaces/ tempat tertutup seperti pantri, surau, ruang rehat

3. Close conversation/ bercakap pada jarak dekat.

Ini sangat penting untuk memutuskan rantaian virus.

Baca yang lain