TERKINI: Klopp Sahkan Hendo Disisihkan Beberapa Minggu, Misi EPL Diteruskan

Pengurus Liverpool, ayahanda Jurgen Klopp mengesahkan kapten Liverpool – Jordan Henderson sah akan disisihkan beebrapa minggu.

Namun Jurgen Klopp berkata Liverpool bernasib baik kerana Jordan Henderson diketepikan selama tiga minggu kerana kecederaan hamstring.

Henderson mendapat kecederaan itu dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, peringkat 16 akhir berhadapan Atletico Madrid di Wanda Metropolitano.

Di mana Liverpool tewas 1-0 di tangan skuad bimbingan Diego Simeone.

Hendo rehat

Henderson dijangka akan kembali semula merumput pada pertengahan Mac.

Henderson dianggap sebagai antara pesaing untuk memenangi PFA Player of the Year, nampaknya bakal terlepas perlawanan kedua menentang Atletico di Anfield pada 11 Mac.

Jadual padat

The Reds akan turun dalam aksi EPL menentang West Ham, pada hari Isnin, diikuti aksi menentang Watford dan Bournemouth.

Seterusnya, Liverpool akan berhadapan dengan Chelsea dalam saingan Piala FA  serta saingan Derbi Merseyside menentang Everton, selepas aksi Atletico.

Paling awal Hendo boleh kembali adalah menentang Everton.

Klopp dalam sidang medianya berkata: “Ia mungkin lebih teruk, kita semua tahu ia adalah berkaitan hamstring.”

“Terdapat banyak kecederaan hamstring di dalam EPL ketika ini – Harry Kane, sebagai contoh.”

“Dia beliau akan tersisih selama tiga minggu atau mungki lebih. Ianya tidak bagus, namun kita melihat kita juga agak bernasib baik, sebab hanya 3 minggu je bang oi.”

Hendo satu kehilangan, tetapi pasukan Liverpool ada back up

Klopp sedar ketiadaan Henderson bakal memberikan impak kepada pasukan.

Namun begitu beliau percaya pemain-pemain lain sudah bersedia menggalas tugasan. Dan mujur juga laki kak Becca korang dah pulih.

Seterusnya, Xherdan Shaqiri juga masih belum kembali ke dalam latihan pasukan kerana kecederaan.

“Semoga tiada apa-apa lagi yang lebih teruk berlaku. Hendo sangat penting, tidak hanya kerana bola sepak tetapi juga untuk beberapa alasan lain yang ssaya harap semua orang faham maksud saya.”

“Ya, kami masih mempunyai beberapa pilihan, itulah yang baiknya, ada peluang untuk mereka semua.”

Misi EPL diteruskan

Liverpool kini memiliki kelebihan 22 mata di tangga teratas liga dengan hanya baki 12 perlawanan lagi.

Liverpool dalam landasan terbaik untuk mengakhiri penantian kejuaraan EPL pada musim ini. Ianya semusim selepas Liverpool gagal menjuarai Liga Perdana Inggeris meskipun mengumpul 97 mata dan hanya tewas sekali.

Klopp juga mungkin akan melakukan beberapa penggiliran pemain selepas ini. Fokus Liverpool adalah aksi berhadapan dengan West Ham United.

Liverpool masih kekal tanpa kalah di dalam saingan liga musim ini.

Tanpa Henderson, Klopp mungkin akan menggandingkan Fabinho, Alex Oxlade Chamberlain dan juga Gini Wijnaldum di bahagian tengah.

Baca yang lain