TERKINI: Konsortium Saudi Tak Jadi Beli Newcastle

Sebuah konsortium yang disokong oleh dana berdaulat kerajaan Arab Saudi telah menarik diri untuk membeli Newcastle United.

Dokumen yang berkaitan dengan pengambilalihan £300 juta telah didaftarkan dengan Liga Perdana 16 minggu yang lalu.

Bagaimanapun, perjanjian itu masih diteliti di bawah ujian pemilik dan pengarah.

Difahamkan, Dana Pelaburan Awam (PIF) kekayaan negara Arab Saudi sudah tidak sanggup lagi menunggu prosedur yang terlalu lama itu.

PIF mengatakan bahawa mereka yang sangat sedih dan terpaksa menarik diri daripada bidaan tersebut.

Seperti yang diungkapkan oleh BBC minggu ini, Liga Perdana meminta penjelasan mengenai hubungan antara PIF dan negara Saudi.

Ketua PIF adalah Putera Mahkota Mohammed bin Salman, dan beliau dilihat bergelut untuk membina hubungan dengan pemilik kelab yang lain.

Di mana Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebelum ini mulai goyah reputasinya kerana dikaitkan dengan pembunuhan wartawan warga Saudi di Turki.

Konsortium Saudi sukar mendapat sokongan

Gergasi penyiaran BeIN Sports darip Qatar telah menghantar aduan rasmi kepada Liga Perdana Inggeris agar mereka menghalang pemilikan tersebut.

Newcastle United kini berada di fasa akhir untuk peralihan pemilik daripada Mike Ashley kepada PCP – yang 80% daripada pemilikannya disokong oleh dana berdaulat dari Arab Saudi.

https://twitter.com/draper_rob/status/1288857330126409729

Deposit untuk pemilikan baharu sudah dibayar. Dan bakinya akan dilangsaikan apabila Premier League memberikan lampu hijau.

Prosedur terakhir adalah dengan memeriksa latar belakang pemilik baharu supaya mereka benar-benar bebas daripada sebarang jenayah di United Kingdom dan juga jenayah di luar negara.

BeIN mahu EPL melarang pemilikan itu kerana sebelum ini sebuah syarikat penyiaran di Arab Saudi telah menayangkan Liga Perdana Inggeris secara haram.

Pada 2017 Arab Saudi dengan sekutunya, United Arab Emirates, Bahrain dan Mesir telah menamatkan hubungan diplomatik, perladangan dan pengangkutan dengan Qatar.

Kesannya terdapat satu saluran yang berpangkalan Riyadh – beoutQ – telah menayangkan Liga Perdana Inggeris secara haram footage yang dipercayai dari BeIN Sports.

Mereka menayangkan perlawanan EPL menerusi saluran secara online streaming.

Seterusnya BeIN mengesyaki bila Arab Saudi sengaja menggunakan sukan untuk membersihkan nama mereka di mata dunia.

Mereka menuduh Putera Mohamed Bin Salman ada kaitan dengan jenayah perang dan pencabulan ke atas hak asasi manusia.

Ini selepas Putera Mohamed bin Salman dilaporkan campur tangan dalam perang saudara di Yemen pada Mac 2015.

Tentera Arab Saudi telah didakwa oleh PBB sebagai melakukan jenayah.

Sebelum ini Amnesty sudah Menghantar surat aduan rasmi mereka kepada EPL tentang perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia.

Namun EPL awalnya  dilaporkan tidak menerima cadangan itu.

Dan BeIN cuba memberikan tekanan dengan menyatakan bahawa, pemilikan Saudi di Newcastle akan mencemarkan imej EPL.

Namun Premier League perlu mendapatkan suara majoriti daripada rakan kongsinya untuk membuat apa-apa keputusan. Dan dikatakan ramai pemilik tidak setuju dengan pengambilalihan itu.

Yang dilihat memberikan impak kepada imej liga. Selepas pihak Saudi didakwa cuba memutihkan nama mereka dengan sukan.

Newcastle sebelum ini dilaporkan bakal dimiliki PCP dengan nilai harga sekitar £300 juta. Angka yang jauh lebih rendah daripada tanda harga sebelum ini.

Hal ini kerana Mike Ashley telah mendapat tentangan yang teruk dariapada penyokong.

Persekitaran ekonomi dan prospek gelombang kedua coronavirus – dan ancaman peminat terhad di stadium juga menjadi pertimbangan oleh pihak Saudi.

Ini kerana mereka merupakan badan yang menggunakan sokongan wang kerajaan Saudi. Sudah tentu mereka mahukan keuntungan daripada pembelian itu.

Bagaimana dengan Mike Ashley?

Dilaporkan Mike Ahsley akan tetap memiliki £17 juta, wang pendahuluan yang diberikan kepadanya.

Ini kerana kedua dua pihak sebelum ini sudah menyatakan, wang itu juga merupakan cagaran agar pihak pembeli tidak menarik diri daripada deal tersebut.

Ini kerana sebelum ini sebuah konsortium dari Arab dikatakan telah menarik diri membuatkan Mike Ahsley bengang.

Kali ini nampaknya, Newcastle akan mendapat dana itu.

Mike Ashley mungkin akan mencari pembida baharu untuk kelab tersebut. Namun buat masa ini, beliau akan terus kekal menjadi pemilik kelab.