TERKINI: Kyle Walker Beritahu City Dia Mahu Sertai Bayern Sekarang

Kyle Walker telah memberitahu Manchester City bahawa dia mahu menyertai Bayern Munich pada jendela perpidahan kali ini.

Walker sebelum ini gagal mencapai kesepakatan kontrak baharu dengan Man City. Dilaporkan pemain tersebut mahukan kontrak lebih panjang.

Wartawan Sky Sports Jerman, Florian Plettenberg menyatakan bahawa pemain itu mahu berbincang dengan Guardiola tentang perkara itu.

Bayern menawarkan kontrak 2 tahun dengan pilihan setahun lagi untuk lanjutan.

Minggu lalu, Fabrizio Romano melaporkan, Kyle Walker setuju dengan terma dan syarat peribadi ditawarkan Bayern Munich untuknya.

Bayern sebelum ini mendapatkan Joao Cancelo secara pinjaman separuh musim. Namun memutuskan untuk memulangkan semula pemain itu.

Kini mereka berharap akan dapat menandatangani Kyle Walker.

Walker menjadi bintang penting dalam era Pep Guardiola di Man City. Kemuncaknya adalah, pemain itu membantu kelab itu mencapai kejuaraan treble pada musim lalu.

Man City kini mempertimbangkan untuk mendapatkan Benjamin Pavard sebagai ganti jika Kyle Walker ke Bayern Munich.

Walker adalah pemain bek sisi yang sangat laju dan terkenal dengan gaya permainannya yang lasak.

Faktor Thomas Tuchel dikatakan menjadi elemen penting dalam menarik minat pemain itu mahu datang ke Bayern Munich.

Selain Walker seorang lagi pemain antarabangsa England, Harry Kane juga masih berharap agar perpindahan ke Bayern Munich akan dapat direalisasikan.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan