TERKINI: Langgar FFP, Everton Dipotong 10 Mata, Turun Ke Tangga Ke-19

Everton rasminya telah dipotong 10 mata kerana melanggar peraturan FFP Liga Perdana Inggeris. Bermakna kelab Merseyside itu kini daripada kedudukan ke-14 terus terperosok ke zon penyingkiran di tangga ke-19.

Everton sebelum ini menanggung hutang yang sangat banyak. Namun Premier League memberikan kelonggaran untuk mereka cuba mengimbangi hutang tersebut kerana pandemik.

Kini, kelab yang berpangkalan di Merseyside itu kemudian dirujuk kepada suruhanjaya bebas bagi satu lagi audit berkaitan dengan financial fair play. Everton dilaporkan sangkut FFP kerana perbelanjaan mereka musim lepas.

Satu audit kelab kelab EPL untuk musim 2021/22 dikeluarkan pada Mac. Dan Everton ternyata gagal mengimbangi kerugian mereka.

Mulai disiasat pada 2022

Pada musim 2021/22, Burnley dan Leeds dengan terbuka menghantar surat pertanyaan kepada Premier League tentang hukuman ke atas Everton. Selepas kelab itu didapati menanggung kerugian sekitar £371.8 juta dalam 3 tahun terakhir.

Ini kerana kedua dua kelab berada dalam zon penyingkiran dan mereka rasa tak adil jika Everton terus kekal sebaliknya mereka pula yang kena turun divisyen.

Di bawah peraturan EPL, kelab tidak dibenarkan rugi lebih daripada £105 juta dalam 3 tahun terakhir. Dan peraturan dengan jelas menyatakan bahawa sesebuah kelab yang gagal mematuhi peraturan itu bakal berdepan dengan pemotongan mata serta digantung daripada jendela perpindahan, sehingga akaun FFP mereka sihat.

Pada masa Leeds dan Burnley menghantar surat itu, kedua dua kelab itu sedang berada dalam zon penyingkiran. Di mana pada akhir musim tersebut Burnley tersingkir dan Leeds terselamat.

Everton akhirnya dipotong mata

Mereka merasakan bahawa Everton seharusnya disingkirkan ke divisyen bawahan kerana mereka melanggar peraturan FFP.

Namun selepas 2 tahun berlalu, Everton kini berdepan hukuman berat kerana audit terkini mendapati mereka sangkut lagi.

Dan hukuman ke atas mereka adalah serta merta. Namun kelab masih boleh mencabar keputusan tersebut dalam sesi rayuan yang akan diberikan kepada mereka.

Everton menyatakan mereka terkejut dan kecewa dengan keputusan tersebut. Dan bertekad akan melawan keputusan itu di panel rayuan. Everton yakin mereka akan mendapat keadilan memihak kepada mereka.

“Everton tegas menyatakan bahawa kami terbuka dan transparen dalam informasi kewangan diberikan kepada Premier League dan kami sentiasa menghormati proses integriti.”

“Kelab mendapati bahawa kami tidak menemui sebarang tindakan kami yang melanggar peraturan, dan tak faham bagaimana kami boleh disabitkan dengan tuduhan oleh Premier League ketika prosiding kes,” tegas kelab itu yang benar benar tidak gembira dengan keputusan siasatan audit daripada suruhanjaya bebas.

Baca yang lain