Barcelona dilaporkan telah berjaya mendaftarkan 4 daripada 5 pemain baharu yang mereka tandatangani. Dan satu nama yang masih terus berada dalam senarai menunggu ialah Jules Kounde.
Sebenarnya Barcelona sebelum ini 7 pemain yang tidak dapat didaftarkan dalam La Liga. Mereka ialah
Pemain baharu
– Robert Lewandowski (dibeli dari Bayern)
– Raphinha (dibeli dari Leeds)
– Jules Kounde (dibeli dari Sevilla)
– Franck Kessie (percuma dari AC Milan)
– Andreas Christensen (percuma dari Chelsea)
Pemain dilanjutkan kontrak
– Sergi Roberto
Penain ditandatangani semula
– Ousmane Dembele
Namun beberapa usaha dibuat oleh Joan Laporta. Ini termasuk menjual beberapa aset berharga kelab terutama sekali Barca Studios dalam 4 peringkat.
Lembaga pengarah Barcelona – diketuai oleh presiden kelab Joan Laporta – telah mengambil beberapa langkah drastik untuk mengumpul dana pada musim panas ini dengan membenarkan penjualan beberapa aset utama kelab. Di antara aset, kelab itu memilih untuk menjual 25% (merentasi dua transaksi berasingan) hak TV mereka kepada Sixth Street.
Bagaimanapun, itu masih belum mencukupi untuk meletakkan kelab itu dalam keadaan ekonomi yang sihat menjelang musim baharu, mendorong mereka menjual 25 peratus kepentingan dalam Barça Studio kepada socios.com dengan bayaran sekitar €100 juta.
Penjualan gabungan aset kelab meningkat kepada €767 juta untuk kelab – demi untuk mendaftarkan pendatanganan baharu mereka. Dan Laporta sudah punmengaktifkan tuil keempat untuk mengimbangi akaun mereka.
Semalam, Barcelona mengaktifkan tuil ekonomi keempat mereka untuk mendapatkan EUR100 juta lagi. Dan mengesahkan bahawa Pique menerima pemotongan gaji yang besar.
Ianya membuka ruang kepada Barca untuk mendaftarkan 4 pemain baharu dan dua pemain dari senarai dilanjutkan kontrak dan ditandagani semula.
Namun buat masa ini, La Liga meminta Barca untuk mencari pendapatan tambahan lagi untuk membolehkan mereka mendaftarkan Jules Kounde.
Barca sangat berharap mereka akan dapat menjual pemain seperti Pierre Emerick Aubameyang, Memphis Depay, Martin Braithwaite, Samuel Umtiti dan juga Miralem Pjanic. Ini kerana De Jong terus berkeras enggan dijual.
Jika Barca dapat menjual atau melepaskan pemain tersebut mereka akan dapat mengurangkan bil gaji pemain yang akan membuka ruang kepada mereka mendaftarkan Jules Kounde. Dan jika mereka menjual lebih dari seorang pemain, mereka boleh menumpukan usaha membawa Marcos Alonso masuk dari Chelsea.
Barca masih berharap mereka akan dapat menjual Frenkie De Jong kerana itu akan membuka jalan kepada mereka untuk mendapatkan Bernardo Silva. Ini kerana selepas ini mereka perlu berpegang kepada peraturan 1/1. Bermakna, jual seorang pemain baru boleh beli seorang pemain lain.
🚨🚨✅| JUST IN: FC Barcelona have registered all the new signings + renewals, except Jules Koundé.@martinezferran [🎖️]
— Managing Barça (@ManagingBarca) August 12, 2022
Barcelona masih ada masa sehingga hujung bulan ini untuk mendaftarkan Kounde. Barca terpaksa mengutamakan pendaftaran Christensen dan Kessie. Kerana dua pemain itu memiliki klausa di mana mereka boleh menjadi ejen bebas jika tidak didaftarkan pada Sabtu ini.
Walaupun dua pemain tersebut memberikan jaminan kepada Laporta bahawa mereka mahu terus bersama Barcelona. Namun pada ketika ini, Laporta tidak mengambil mudah perkara perkara seperti ini.
𝙃𝙀𝙍𝙀 𝙒𝙀 𝙂𝙊.🚨🚨🚨
✅ Lewandowski
✅ Raphinha
✅ Christensen
✅ Kessie
✅ Dembele
✅ Robarto
⏳ Barcelona will register Koundé next week.#FCBarcelona pic.twitter.com/xB3K4P6yAX— Naimul Rafin (@nhrafin_00) August 12, 2022
Gerard Pique bukan sahaja bekorban gajinya agar dikurangkan, malah dia dikatakan berpotensi menerima penangguhan bayaran gaji sekali lagi untuk sepanjang musim hadapan.
Sebagai balasan, Barcelona memberikan kebebasan kepada pemain itu untuk membahagikan masanya antara bola sepak dengan syarikatnya yang menjalankan perniagaan khas dalam acara sukan.