TERKINI: Liga Belanda Rasmi Null And Void, Ajax Dan AZ Tak Juara

Liga Belanda membuat kenyataan rasmi bahawa liga bola sepak mereka dibatalkan untuk musim ini.

Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat melibatkan 38 ahli gabungan Liga Belanda pada Jumaat.

Pembatalan Liga ini bermakna tiada juara untuk musim ini sejak 1945.

Pada kedudukan semasa Ajax Amsterdam dan AZ Alkmaar terikat mata di tangga teratas Liga dengan hanya dibezakan perbezaan jaringan.

Pengurus Besar Ajax Amsterdam, Edwin Van Der Sar menyatakan mereka akur dan menerima keputusan itu kerana memahami keadaan semasa di negara mereka.

Eredivisie memutuskan untuk memberikan slot kelayakan pusingan ketiga UCL kepada Ajax dan AZ Alkmaar.

Pasukan di tempat ketiga Feyenoord akan bermain di Europa League.

PSV Eindhoven dan Willem II akan diberikan slot pusingan kelayakan pusingan kedua Europa League.

Namun begitu pasukan di tangga keenam, FC Utrecht membantah keputusan itu. Mereka menganggap ianya sebagai tak boleh diterima.

Utrecht ketika ini berada di tangga keenam, hanya beza 3 maya daripada Willem II bagi slot kelayakan Europa League.

Namun mereka masih ada satu baki perlawanan kurang. Pada masa yang sama mereka mara ke final Piala Belanda berhadapan dengan Feyenoord.

Dalam kenyataan rasmi kelab, Utrecht berkata: “Tidak boleh diterima apabil piala itu dimansuhkan begitu sahaja dan tidak memberikan tiket ke pertandingan Eropah untuk kami.”

Mereka juga bertekad untuk membawa kes ini ke UEFA untuk pengadilan.

Selain daripada itu pasukan Cambuur Leeuwarden, 11 mata di kedudukan kelayakan automatik ke Liga Eredivisie.

Mereka juga membantah keputusan itu dan berkata: “Ini adalah skandal terbesar dalam sejarah sukan Belanda,” tegas mereka.

Beberapa hari lalu Bundesliga telah mengumumkan bahawa mereka bakal kembali Mei ini.

Liga lain di Eropah masih belum memberikan bayangan tentang tarikh mereka akan bersambung semula.

Baca yang lain