TERKINI: Ligue 1 Bukan Lagi 5 Liga Utama Eropah, Dipintas Eredivisie

Ligue 1 baru sahaja kehilangan bintang besar Lionel Messi ke MLS. Dan kemungkinan akan kehilangan Kylian Mbappe sama ada pada jendela perpindahan kali ini atau musim akan datang.

Satu berita lebih sedih adalah, Ligue 1 kini tercicir ke tangga keenam dalam carta rangking coefficient UEFA yang baharu.

Ini bermakna superstar seperti Neymar, Mbappe dan juga Donnarumma ketika ini tidak bermain dalam liga utama eropah.

Mereka bukan lagi liga utama Eropah yang biasanya merujuk kepada 5 liga di ranking coefficient tertinggi.

Pencapaian teruk pasukan Ligue 1 dalam pusingan awal kelayakan untuk pertandingan eropah membuatkan mereka sukar untuk mengekalkan kedudukan mereka di top 5.

EPL masih di ranking teratas diikuti oleh Serie A, La Liga dan Serie A. Eredivisie melengkapkan senarai sebagai 5 liga utama Eropah pada ketika ini.

Ligue 1 di tangga keenam di atas Liga Portugal.

Ranking coefficient ini penting untuk membolehkan sesebuah liga itu mendapat lebih banyak slot automatik dalam pentas pertandingan Eropah terutama sekali Liga Juara Juara Eropah.

Ia akan memberikan impak kepada pendapatan kelab dan juga akaun FFP sesebuah kelab itu.

Jika ada situasi yang terpaksa ditentukan dengan tie breaker melibatkan 2 liga berbeza, maka ranking coefficient boleh menjadi salah satu pertimbangan.

Musim lalu, 2 kelab England memenangi pertandingan Eropah. Man City menjuarai UCL sementara West Ham menjuarai UECL.

Sementara itu Sevilla berjaya menewaskan AS Roma dalam aksi final UEL.

Ini adalah senarai top 20 dalam carta coefficient UEFA.