TERKINI: Liverpool Setuju Bayar €30 Juta Untuk Beli Thiago

James Pearce dari Athletic melaporkan bahawa Thiago Alcantara hampir pasti menjadi milik Liverpool.

Ini selepas The Reds akhirnya setuju untuk membayar harga yang diminta Bayern Munich untuk pemain tersebut.

Pearce turut memuji pembelian yang dilakukan oleh Liverpool.

Bukan lagi rahsia Liverpool minat pada Thiago Alcantara. Namun kesepakatan sukar dicapai kerana isu harga.

Bayern berkeras meminta €30 juta untuk pemain yang jelas masih mampu bermain pada peak terbaik.

Thiago sudah menyatakan beliau tidak akan melanjutkan kontrak di Bayern. Jadi terpulang kepada Bayern sama ada mahu menjual beliau ataupun tak.

Jika dijual, Thiago sudah memberitahu bahawa beliau mahu bermain untuk Liverpool kerana adanya Jurgen Klopp.

David Maddock melaporkan bahawa Jurgen Klopp telah mendesak pengurusan tertinggi untuk membida Thiago dengan membayar nilai diminta Bayern.

Ini kerana Klopp memerlukan kualiti permainan dan hantaran yang ada pada Thiago di dalam pasukannya.

Satu lagi sumber, Christian Falk melaporkan Bayern mahu membelanjakan wang perpindahan Thiago untuk membeli pemain baharu. Namun bukan bermakna mereka akan membeli pemain tengah menggantikan Thiago.

Kerana mereka sudah ada Corentino Tolisson untuk mengisi tempat itu.

Fabrizio Romano yang sebelum ini dikecam Echo kononnya bawak laporan tak betul, telah menyatakan bahawa sebelum ini Liverpool berdepan persaingan dengan United.

Namun United menarik diri kerana tak mahu membayar £200,000 seminggu yang diminta Thiago.

Dan kini rundingan mendapatkan Thiago akan dimuktamadkan secepat mungkin.

Rundingan terma peribadi akan diselesaikan dalam beberapa jam lagi.

Thiago Alcântara do Nascimento atau dikenali sebagai Thiago lahir di San Pietro Vernotico, 11 April 1991.

Beliau adalah pemain anak kepada bekas pemain bola sepak Brazil dan pemenang Piala Dunia 1994, Mazinho.

Namun Thiago memilih untuk mewakili Sepanyol. Beliau boleh bermain di mana mana posisi di tengah.

 

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa