TERKINI: Liverpool & Timo Werner Aktifkan Klausa Pelepasan, Kenapa?

Sumber Christian Falks dari Bild baru sahaja menyatakan bahawa Liverpool mengaktifkan klausa pelepasan pada pemain kebangsaan Jerman, Timo Werner.

Falks berkata: “Kemaskini! Timo Werner & Liverpool: Klausa pelepasa Werner di RB Leipzig telah diaktifkan dari Liverpool – kluasa semasa sah sehingga akhir April ini, untuk membeli beliau dengan nilai sekitar EUR50juta -EUR60 juta.”

Seorang peminat bertanya, bagaimana dengan Bayern Munich, adakah kelab itu tak berminat dengan Werner?

Falks menjawab: “Bayern tiada menghantar sebarang bidaan untuk Timo Werner.”

Werner ke Liverpool?

Untuk pengetahuan korang, berdasarkan laporan ini, Liverpool setuju untuk mengaktifkan klausa tersebut.

Dan Werner juga membuka peluang kepada Liverpool untuk mengaktifkan nilai tersebut.

Klausa tersebut sah sehingga April ini. Jika deal tu tak dapat dimterai pada akhir April ini, ia dikira harga lain. Mungkin lebih mahal? atau lebih murah? Kita tak taulah.

Werner pernah kata tak nak ke Liverpool

Sebelum ini Timo Werner menganggap Liverpool bukan kelab dia pertimbangkan.

Kenapa?

Sebab Werner tam nampak dia akan diberikan jaminan bermain dalam kesebelasan utama sebagai pilihan utama dengan trio serangan Liverpool yang ada hari ini.

Seterusnya, Werner juga dikatakan pernah menolak untuk ke Bayern Munich di atas alasan yang sama.

Klopp juga pernah menyatakan beliau tidak boleh memberikan jaminan kepada mana-mana pemain yang mereka bida untuk terus diberikan slot automatik sebagai pemain utama.

Pasukan Liverpool yang ada sarat dengan persaingan.

Namun kenapa sekarang Werner membuka peluang kepada Liverpool?

Mungkin dia sudah mempertimbangkan banyak perkara. Terutama sekali melihat sistem rotation yang dilakukan Klopp dalam Liverpool.

Beliau juga tahu Liverpool bakal bermain dalam banyak perlawanan sekali lagi musim akan datang.

Liverpool dipisahkan dengan garis halus je daripada kelayakan ke UCL secara automatik.

Werner juga mungkin mengkaji balik apa yang dia kata dengan memikirkan banyak benda lain yang positif.

Dan beliau boleh mencuba untuk menjadi pemain utama di dalam sistem Klopp.

Posisi

Werner merupakan pemain no.9. Beliau pemain complete attacker. Penyerang yang boleh terlibat dalam build up dari bawah kerana sistem di bawah Ralf Ragnick serta Hussenthutl sebelum ini.

Beliau juga boleh bermain di serangan sayap terutama sekali sayap kanan – posisi Sadio Mane.

Timo Werner memiliki kepantasan dan kerajinan yang tinggi di atas padang. Beliau menjadi sasaran banyak sekali pasukan besar, termasuk Chelsea.

Keperluan Liverpool

Liverpool bakal berhadapan dengan isu jadual Piala Negara Afrika pada mid season. Kalendar AFCON sah diubah macam dulu.

Sadio Mane dan Mo Salah adalah pemain yang akan kembali ke negara mereka. Dan dua pemain itu adalah nadi penting Liverpool.

Timo Werner dianggap calon terbaik untuk mengisi tempat yang ada tersebut.

Jadi ke tak?

Jadi, perkara ini masih lagi di peringkat awal. Cuma tunggu sahaja informasi terbaru daripada perkembangan berita ini selepas ini.

Baca yang lain