David Ornstein dari The Athletic melaporkan bahawa Romelu Lukaku telah digugurkan namanya daripada tugasan menentang Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini.
Lukaku tidak akan berada dalam skuad menentang Liverpool. Yang merupakan pertemuan di antara pasukan di tangga kedua dan ketiga.
Sebelum ini Tuchel sudah memberikan bayangan bahawa pemain itu akan dikenakan tindakan kerana komennya yang kontroversi dalam temubual dengan Sky Italia.
Tuchel bergelut dalam membuat keputusan kerana situasi Chelsea ketinai ini yang dilanda krisis kecederaan dan pandemik.
Tuchel menegaskan bahawa keputusan tentang sama ada Lukaku bermain atau tak dalam aksi berdepan dengan Liverpool akan ditentukan selepas pertemuan 4 mata antara beliau dan Lukaku.
Akhirnya Tuchel memutuskan bahawa Lukaku disisihkan.
🚨 Romelu Lukaku is not in Chelsea squad for visit of Liverpool. 28yo striker at centre of controversy in recent days after release of unauthorised interview in Italy. #CFC will now be without £97.5m summer signing for huge #LFC game @TheAthleticUK #CHELIV https://t.co/SSrl7sAK4H
— David Ornstein (@David_Ornstein) January 2, 2022
Tindakan Tuchel itu mendapat pujian ramai pihak. Kerana dia bertegas dengan pemainnya walaupun Lukaku baru dibeli dengan harga sekitar £97 juta. Namun itu bukan alasan untuk pemain berasa diri mereka lebih besar daripada kelab.
Lukaku sebelum ini mengkritik taktikal Tuchel yang menurutnya menjadi punca dia bergelut dengan prestasi. Pada masa sama Lukaku tak gembira dia disisihkan dalam beberapa aksi walaupun dia merasakan dia dalam kondisi fizikal terbaik.
Lukaku menyatakan bahawa Chelsea bukanlah kelab paling dia sayangi walaupun dia menyokong kelab itu dari kecil.
Di hatinya cumalah ada Inter Milan. Lebih mengejutkan apabila Romelu Lukaku terbuka memberitahu beliau mahu kembali semula ke Inter Milan.
Kenyataan tersebut adalah sangat tidak profesional oleh seorang pemain yang ada kontrak dengan Chelsea.