Romelu Lukaku kini dilaporkan semakin menghampiri kepulangan semula beliau ke Chelsea.
Ini selepas Chelsea menawarkan bidaan setinggi €115 juta dengan tanpa melibatkan pemain dalam rundingan tersebut.
Sebelum ini Chelsea dilaporkan sudah membuat tiga bidaan. Inter Milan meminta €120 juta sekurang kurangnya untuk pemain itu.
Dalam bidaan kedua Chelsea, mereka menawarkan €100 juta ditambah dengan Marcos Alonso yang dinilai harga €20 juta oleh kelab The Blues itu.
Inter menolaknya dan presiden Inter menegaskan bahawa Lukaku bukan untuk dijual.
Namun Chelsea yakin rundingan tersebut belum mati dan bersedia dengan bidaan baharu. Thomas Tuchel memang mencari no.9 yang baharu.
Harry Kane dan Erling Haaland dianggap terlalu mahal. Dengan Haaland akan membuatkan Chelsa membelanjakan keseluruhan €175 juta termasuk bayaran yang tinggi kepada Mino Raiola.
Kane pula dikatakan kurang realistik selepas Spurs menyatakan pendirian mereka tak akan menjual pemain itu kepada seterus sebandar.
Lukaku adalah harapan utama Chelsea. Kelab itu sudah menjual Achraf Hakimi sekitar €70 juta. Namun masih perlu mencari dana tambahan untuk mengelakkan sangkut FFP.
Lukaku sebenarnya bukan pemain yang disenaraikan untuk dijual. Tetapi dengan liga semakin hampir untuk bermula, Inter kini perlu mempertimbangkan sebaiknya tawaran €115 juta Chelsea.
Kerana mereka masih boleh mengekalkan Lautaro Martinez di dalam pasukan mereka. Walaupun Lautaro pun diintai oleh Arsenal dan Atletico.
Fabrizio Romano menyatakan bahawa Lukaku hanya selangkah sahaja lagi daripada kepulangan semula ke Stamford Bridge. Ini selepas Inter dan Chelsea hampir bersetuju dengan nilai transaksi €115 juta yang dibayar secara straight cash.
Seterusnya Lukaku dilaporkan berpuas hati dengan terma yang ditawarkan oleh Chelsea kepada beliau dengan kontrak €12 juta semusim.
Romelu Lukaku now one step away from joining Chelsea. Inter and Chelsea are close to reach the agreement for €115m as final fee [no player included, at the moment]. 🔵 @SkySport #CFC
Lukaku has an agreement on personal terms with Chelsea. €12m net per season as salary.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 7, 2021
Lukaku menjadi nadi penting Inter Milan dalam kejayaan mereka menjulang Serie A pada musim lalu.
Beliau sebelum ini pernah menyertai Chelsea dari Anderlecth namun tidak diberikan banyak peluang dalam pasukan utama.
Lukaku dipinjamkan ke West Brom dan menyerlah di sana. Beliau kemudian dipinjamkan ke Everton dan memeterai perjanjian tetap.
Dari situ, Lukaku menarik perhatian Man United yang membelinya. Dia bekerjasama dengan Jose Mourinho.
Lukaku seterusnya berminat untuk menyertai Inter Milan kerana Antonio Conte. Dan menyertai pasukan tersebut pada 2019. Dua musim di Inter beliau menjadi penyerang elit di eropah.
Kini Lukaku dikaitkan semula dengan pasukan Chelsea. Di mana Tuchel tidak yakin dengan kualiti Tammy Abraham dan Werner cukup untuk mereka mencabar kejuaraan liga.