TERKINI: Malang Terus Menimpa Dirinya! Auba Kini Disingkirkan Dari Pasukan UCL

Chelsea mengesahkan bahawa mereka akan mendaftarkan 3 nama dalam UCL kali ini iaitu Mudyrk, Enzo Fernandez dan Joao Felix.

Pendaftaran 2 pemain peyerang, Mudryk dan Felix membuatkan Graham Potter merasakan bahagian serangannya terlalu ramai.

Dan dia memilih untuk menyingkirkan Aubameyang daripada senarai tersebut.

Sebelum ini Potter berdepan dilema untuk mendaftarkan hanya 3 pemain daripada 6 pemain baharu yang tersedia.

Chelsea akan beraksi dalam pusingan kalah mati pertandingan tersebut.

Chelsea sebenarnya membeli 8 pemain baharu dalam jendela perpindahan Januari 2023. Dan 6 daripadanya didaftarkan ke dalam pasukan. Dengan 2 lagi pemain iaitu Malo Gusto kekal di Lyon sebagai pemain pinjaman serta Andrey Santos masih menunggu permit kerjanya.

Chelsea akan berdepan dengan Borussia Dortmund untuk aksi 16 akhir. Dengan perlawanan pertama dijadualkan pada 15 Februari akan datang.

Chelsea sudah melepaskan Jorginho ke Arsenal. Namun mereka masih ada banyak pemain di bahagian tengah.

Ruben Loftus-Cheek, Conor Gallagher, Mason Mount dan Mateo Kovacic antara nama yang berpotensi kena pangkah untuk memberikan peluang kepada Enzo Fernandez. Namun Potter memutuskan bahawa dia mengurangkan bahagian serangan berbanding tengah.

Mudryk pastinya berada dalam senarai. Selain harganya yang mahal, dia juga memiliki rekod cemerlang di UCL. Dibeli dengan nilai £88 juta. Dia adalah bintang masa depan kelab.

Seterusnya, Joao Felix yang ditandatangani dari Atletico secara pinjaman juga berada dalam senarai didaftarkan.

Jadi, Aubameyang menyertai Badiashile, Noni Madueke, Datro Fofana tidak didaftarkan dalam senarai kali ini.

Ianya pasti tamparan hebat buat Aubameyang yang sebelum ini yang cuba kembali ke Barcelona, tetapi gagal. Kerana Chelsea enggan melepaskan pemain itu secara percuma.

Kerana Barca hanya boleh mendapatkan Auba secara percuma.

Aubameyang tidak boleh menyertai pasukan lain selain Barca kerana dia sudah berpindah ke dua kelab musim ini.

Barca berminat dengan idea kepulangan semula Aubameyang. Dan pemain itu sudah menghubungi Xavi menyatakan hal yang sama.

Malangnya, Chelsea tidak mahu sewenang wenang membenarkan pemain itu pergi secara percuma.

Sejak meninggalkan Arsenal, Aubameyang terus bergelut dengan prestasinya. Dia gagal mencapai prestasi diharapkan ketika di Barca.

Dan kini semakin kerap memanaskan bangku simpanan di Chelsea.