TERKINI: Man City Mahu Hijack Perpindahan Bruno Fernandes

Manchester United masih gagal untuk mencapai kesepakatan dengan Sporting Lisbon bagi pemeteraian perjanjian perpindahan Bruno Fernandes.

Bruno Fernandes dikatakan sudah bersetuju dengan terma yang diletakkan dalam tawaran kepada beliau. Manchester United sedia untuk memberikan pemain itu gaji £130,000 seminggu.

Proses seterusnya adalah perbincangan di antara kelab pemilik dengan kelab pembida untuk menetapkan harga ataupun yuran perpindahan.

Proses perbincangan tersebut telah tergendala ataupun tersekat pada pembayaran harga dan bonus.

Dan kini jiran mereka iaitu Manchester City dikatakan masuk dalam persaingan untuk mendapatkan Bruno Fernandes.

Pep Guardiola melihat Bruno Fernandes sebagai calon ideal untuk menggantikan David Silva yang akan pergi selepas tamat musim ini.

Laporan sebelum ini menyebut Sporting Lisbon meminta bayaran perpindahan termasuk bonus mencecah £70 juta.

Namun Manchester United hanya menawarkan £34 juta dengan bonus tambahan £25 juta, atau nilai keseluruhan £59 juta.

Sporting Lisbon tidak setuju dengan dua klausa bonus yang ditetapkan Manchester United untuk membolehkan mereka layak mendapatkan bonus tersebut.

Kluasa pertama, Bruno Fernandes harus memenangi Ballon d’Or. dan kawasan kedua pula Manchester United perlu memenangi Liga juara-juara Eropah dengan Bruno Fernandes.

Semalam Daily Mail melaporkan Manchester United sudah menyatakan pendirian untuk tidak memperbaiki nilai tawaran mereka dan mengancam untuk menarik diri daripada perbincangan perpindahan tersebut.

Hari ini laporan di Portugal menyatakan bahawa Manchester City menawarkan pakej keseluruhan bernilai £80 juta – £85 juta untuk mendapatkan Bruno Fernandes.

Perkembangan ini agak sedikit mengejutkan ramai pihak kerana nilai yang ditawarkan oleh Manchester City agak tinggi.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini sudah menghantar senarai pemain yang beliau mahukan.

Nama Bruno Fernandes dikatakan di dalam senarai itu sekali lagi selepas Manchester United gagal untuk mendapatkan pemain itu pada jendela perpindahan lalu.

Ole Gunnar Solskjaer mahu mendapatkan seorang pemain tengah bagi mengisi ketebalan kualiti (depth) mereka di tengah. Bruno dilihat penyelesaian yang ideal kepada kualiti dan kuantiti.

Lebih lebih lagi kini mereka berdepan dengan masalah kecederaan dua pemain utama mereka iaitu Scott McTominay dan Paul Pogba.

Bruno Fernandes merupakan perancangan yang boleh mencipta gol dan juga menjaringkan gol.

Beliau boleh dikira complete central Midfielder kerana boleh bermain di semua peranan di tengah terutama sekali yang ofensif.

Pada pra musim lalu, kelab Sporting Lisbon meminta yuran perpindahan £60 juta namun United enggan membayar nilai itu. Pada masa itu juga klausa pelepasan Bruno Fernandes hanya £35 juta.

Namun selepas beliau melanjutkan kontrak pada November lalu, nilah kalau seminar itu dinaikkan kepada £100 juta.

Jadi adakah Manchester United akan menurut pemerintahan daripada Sporting Selepas ini? Dan adakah City benar benar serius mahukan Bruno Fernandes?

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi