TERKINI: Man City Mahu Sailang Kim Min Jae Daripada Sertai Bayern

Sebelum ini Bayern Munich dilaporkan berjaya menyailang Kim Min Jae daripada menyertai Manchester United.

Namun kini, Man City pula cuba melakukan perkara yang sama ke atas mereka.

Kim Min Jae telah berunding dengan Man United sebelum ini. Dengan Erik Ten Hag benar  benar mahukan pemain itu.

Pemain antarabangsa Korea Selatan itu cemerlang membantu Napoli menjuarai Serie A musim lalu. Dia digelar sang Monster oleh peminat kerana fizikalnya yang besar.

Dan dia berminat untuk menyertai Man United. Namun kelab Inggeris itu menunggu 1 Julai untuk membayar klausa pelepasan yang sekitar £50 juta terkandung pada kontraknya.

Klausa pelepasan itu hanya boleh dibayar pada 1 sehingga 15 Julai 2023 sahaja.

Kim Min Jae berada di Korea Selatan untuk latihan ketenteraan wajib macam PLKN tu. Tetapi dia cuma menjalani 2 minggu sahaja berbanding 2 tahun.

Ini kerana dia antara pemain yang membantu Korea Selatan menang emas bola sepak Sukan Asia beberapa tahun lalu.

Bayern kemudian datang kepada Kim Min Jae dan mempercepatkan proses rundingan tersebut. Membuatkan pemain Korea Selatan itu dikatakan memberikan persetujuan lisan untuk menyertai Bayern.

Dia benar benar teruja untuk menyertai kelab tersebut. Hakikatnya, Kim Min Jae masih belum dimiliki oleh mana mana kelab.

Tetapi kini Bayern berpotensi kehilangan Kim Min Jae kerana mereka mendapat saingan daripada juara treble musim ini, Man City.

Pep Guardiola yang baru sahaja dikatakan berjaya memuktamadkan perjanjian mendapatkan Josko Gvardiol kini berminat dengan Kim Min Jae kerana harganya yang murah.

Gvardiol dalam proses untuk menjadi bek tengah termahal dalam sejarah dunia bola sepak.