TERKINI: Man City Tak Tamatkan Rundingan Dengan Wirtz Sebab Terlalu Mahal, Kos Cecah €300 Juta

Manchester City menarik diri daripada rundingan mendapatkan Florian Wirtz. Ini kerana kos keseluruhan untuk mendapatkan pemain itu boleh mencecah sehingga €300 juta – ini merangkumi harga perpindahan dan juga kontrak jangka panjang untuk pemain tersebut.

Wirtz dibenarkan mencari kelab baharu untuk musim akan datang. Beberapa kelab dikaitkan dengan pemain itu termasuk Man City, Liverpool dan Bayern Munich.

Sebelum ini Wirtz dikatakan mendesak perpindahan  ke Bayern Munich. Namun kelab Jerman itu mengendurkan sedikit usaha kerana kos yang tinggi untuk mendapatkan pemain tersebut.

Bayern meminta Leverkusen mengurangkan yuran perpindahan pemain itu. Dan Leverkusen tidak setuju. Leverkusen meletakkan harga sekitar €110 juta untuk Wirtz yang dianggap sudah jauh lebih rendah.

Mereka sedia mengurangkan €40 juta daripada permintaan harga asal pemain itu yang dikatakan €150 juta. Mereka berharap Bayern mengambil peluang dengan sebaiknya.

Bayern masih merasakan nilai itu terlalu mahal. Wirtz kemudian dikatakan mengintai peluang beraksi di Liga Perdana Inggeris. Dengan nama Liverpool dan Man City antara yang dikaitkan dengan pemain itu.

Guardiola tak  suka pemain terlalu mahal

Pep Guardiola sebelum ini pernah menarik diri daripada mendapatkan beberapa bintang kerana menghormati pendirian kelab berkaitan dengan kos. Misalnya, Guardiola akur dalam usaha mendapatkan Fred, Jorginho dan Frenkie De Jong. Begitu juga dengan Harry Kane, di mana Guardiola terpaksa melupakan pemain itu selepas Spurs berkeras meminta €120 juta untuk penyerang tersebut.

Dan mereka kemudian mendapatkan Erling Haaland dengan harga lebih murah pada harga €65 juta. Kemudian, pada 2020, Guardiola mendapatkan Ruben Dias selepas gagal mendapatkan Harry Maguire atau Kalidou Koulibaly.

Man City sudah berbelanja €180 juta pada jendela perpindahan Januari lalu. Jadi mereka cuba mengimbangi kos itu sebaik mungkin.

Selain itu pengalaman membeli Jack Grealish dengan nilai €110 juta masih lagi menghantui Man City. Ia memberikan impak besar kepada akaun FFP kelab itu. Beberapa bulan lalu  Guardiola menyatakan bahawa Man City sudah beralih kepada polisi perbelanjaan berhemah. Dan mereka menjadi antara kelab paling rendah perbelanjaan bersih menurut pengurus itu.