Manchester United dilaporkan tidak setuju untuk meletakkan opsyen pembelian tetap dalam kontrak Jadon Sancho walaupun pemain itu dalam senarai buangan Ten Hag.
Ini kerana kelab itu tidak mahu menjual pemain itu lebih murah daripada apa yang mereka bayar kepada Dortmund sebelum ini.
Man United membayar sekitar €100 juta untuk membeli Sancho daripada Borussia Dortmund pada 2021.
Manchester United setuju untuk meminjamkan Jadon Sancho kembali ke Dortmund. Dan mereka yakin bahawa pemain itu masih memiliki nilai sangat tinggi di pasaran perpindahan.
Sancho baru sahaja berusia 23 tahun jadi pemain itu masih ada banyak ruang untuk berkembang lagi dalam kariernya.
INEOS yamg diketuai Sir Jim Ratcliffe adalah pihak yamg mempertahankan bahawa Sancho tidak boleh diletakkan opsyen beli tetap pada masa ini.
Kerana prestasi semasa Sancho tidak menggambarkan kualiti sebenar pemain itu.
Penilaian tentang harga Sancho akan ditetapkan pada Jun tahun ini iaitu ketika kontraknya berakhir.
🟡⚫️ Manchester United don't want to include any buy option into Jadon Sancho loan deal to BVB as situation will be assessed again in the summer.
Man United (& INEOS) are against cheap buy option a as Jadon's current value is not high.
Sancho's future will be decided in June. pic.twitter.com/PhnlC5kiDD
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 6, 2024
Jadon Sancho sudah semakin hampir untuk menyertai Borussia Dortmund. Setelah dia berdegil enggan meminta maaf kepada Ten Hag.
Sancho sudah menyatakan bahawa dia mahu kembali semula ke Dortmund. Di mana beberapa bulan lalu, BILD melaporkan pemain itu ada berhubung dengan beberapa pegawai di kelab itu memberitahu isyarat tentang keiginannya.
Namun Dortmund menegaskan mereka hanya mampu membawa Sancho secara pinjaman dengan syarat pemain itu menerima pengurangan gaji.
Sancho tidak setuju menerima pengurangan gaji. Man United kemudian membiayai sebahagian daripada gaji Sancho yang dianggarkan sekitar £350k seminggu.
Asalkan pemain itu pergi pada Januari ini. Erik Ten Hag masih tidak mahu mengalah dengan Sancho walaupun United berdepan krisis kecederaan dan prestasi.
Man United pada masa yang sama cuba menilai beberapa pilihan untuk menggantikan tempat Sancho. Ini ditambah dengan fakta bahawa Antony ketika ini masih gagal menunjukkan prestasi terbaik yang diharapkan daripadanya.
Antara nama yang dikaitkan dengan Man United ialah Olise. Namun harga pemain itu dijangka sangat mahal terutama sekali pada Januari – di mana banyak kelab keberatan melepaskan pemain mereka.