Manchester United dan Inter Milan dilaporkan sudah mencapai kesepakatan harga untuk Andre Onana.
Fabrizio Romano menegaskan bahawa kedua dua kelab setuju harga €55 juta untuk penjaga gol tersebut.
Di mana bayaran €50 juta wajib dan bakinya adalah dalam bentuk bonus.
BREAKING: Manchester United are now closing in on André Onana deal as final verbal proposal has been made during talks today. 🚨🔴 #MUFC
Understand it’s €50m fee plus €5m add ons.
Structure of add ons being discussed then… done deal.
It’s imminent, as expected. 🇨🇲 pic.twitter.com/o4aRP8YCWr
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 13, 2023
Sebelum ini Andre Onana sudah memberitahu Inter bahawa dia berminat menyertai Man United yang diuruskan bekas pengurusnya iaitu Erik Ten Hag.
United melancarkan bidaan awal sekitar €45 juta untuk pemain itu. Namun ditolak oleh Inter yang meminta €60 juta untuk Onana.
Man United kemudian cuba memujuk Inter agar mengurangkan sedikit tanda harga itu. Dan kelab Manchester itu menawarkan pakej €50 juta untuk Onana.
Inter memberikan isyarat bahawa mereka sedia melepaskan Onana pada harga €55 juta iaitu angka tengah antara permintaan harga oleh Inter dan United.
Klausa dan terma peribadi tiada masalah untuk United dan Onana. Kerana pemain itu setuju dengan pakej ditawarkan kepadanya.
Man United memberikan isyarat jelas bahawa mereka tidak akan melayan permintaan harga €60 juta daripada Inter Milan. Dan sedia beralih ke sasaran lain jika Inter berkeras.
Akhirnya kedua dua kelab mencapai kesepakatan €55 juta. Kini berbincang soal struktur bayaran untuk pemain itu.
Onana menjadi sasaran utama Man United menggantikan David De Gea yang sah tidak akan bersama United lagi selepas kariernya selama 12 tahun di Old Trafford.
Onana dianggap penjaga gol paling sesuai dengan sistem permainan yang dikehendaki Erik Ten Hag kerana mempunyai corak permainan ball playing keeper yang sangat baik.