TERKINI: Man United Dan Porto Persetujui Perpindahan Alex Telles Dalam Rundingan Dramatik

Dalam masa beberapa jam sahaja, Man United melakukan cornering yang padu dalam perpindahan Alex Telles.

Telles sudah menjadi sasaran utama United sejak bulan lepas lagi.

Namun rundingan berlaku sangat perlahan, walaupun Telles sudah terang terang menyatakan dia mahu ke Man United.

Pada sebelah tiga jam yang lalu, Porto menolak bidaan Man United yang dianggap terlalu rendah untuk Telles.

Di mana United cuma membida £15.4 juta untuk pemain yang menjaringkan 13 gol dan 12 assist musim lalu sahaja.

Porto meminta £22 juta, kerana pemain itu berada pada tahun akhir kontrak beliau. Jika tidak, pasti harga lebih mahal.

Tidak lama selepas itu, United dilaporkan mencapai persetujuan dengan Porto untuk perpindahan Alex Telles.

Rundingan sedang membincangkan beberapa perkara dalam beberapa jam ini.

Kemudian Telles akan menjalani ujian medikal dan pengumuman rasmi akan dibuat.

Pada bulan lalu, Manchester United gagal mendapatkan Reguilon kerana tidak setuju dengan harga dan klausa beli balik yang mahu diselitkan Real Madrid.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa United kemudian telah mengadakan perbincangan dengan wakil Alex Telles selepas Reguilon sah menjadi milik Spurs.

Telles sangat mahukan perpindahan ke United dan berharap ia dapat diselesaikan segera.

Namun Porto menyatakan tanda harga pemain itu.

Paris St Germain juga berminat mendapatkan pemain bek sisi yang cemerlang musim lalu itu. Namun United masih dilihat destinasi pilihan utama Telles.

Kehadiran Telles mungkin akan membuatkan Shaw hilang tempat di dalam pasukan United.

Shaw dikritik hebat oleh Patrice Evra minggu lalu yang menuduhnya sebagai pemain yang malas.

Selain itu, United turut mengidamkan serang lagi pemain sayap untuk dibawa masuk dalam baki jendela perpindahan kali ini.